Adkdayah #6 : Kehidupan di universiti yang anda perlu tahu

January 23, 2017

KEHIDUPAN UNIVERSITI


Assalamualaikum,

Ada yang Monday blue ke? Hehe hari ini dayah nak cerita tentang kehidupan di universiti. Kenapa dayah nak cerita tentang kehidupan di universiti? Sebabnya, bagi setiap orang yang pernah jejak kaki di menara gading, mempunyai pengalaman masing-masing. Sama juga dengan dayah. Pengalaman dayah tentang kehidupan universiti mungkin ada yang sama dan tak sama bagi sesetengah orang tapi yang pastinya, dayah ada kehidupan di universiti dayah sendiri untuk diingati.

Okey, pertama kali dayah nak cerita tentang kelas dan kuliah di universiti. Kalau tengok cerita di tv, jarang sekali dia tunjuk kelas tutorial dan selalu sangat tunjuk kuliah sahaja. Jadinya, budak-budak baru yang nak masuk universiti tidak akan dapat gambaran bahawa di universiti, kita akan ada kelas dan juga kuliah. Apa itu kelas dan apa itu kuliah? Apakah perbezaannya?

dewan kuliah di USIM, kehidupan universiti, kehidupan kampus, budak-budak universiti, usim
dalam dewan kuliah di USIM


Apakah perbezaan antara kuliah dan kelas tutorial?


Kuliah adalah proses pembalajaran bersama pelajar-pelajar yang mengambil subjek tersebut. Tak kisah la pelajar tu daripada kelas mana atau pun daripada fakulti mana pun. Sebabnya dalam kuliah ni selalunya akan diadakan didalam deawan kuliah yang besar dan kebanyakkan pelajar selalu ponteng sebab pensyarah memang tak akan dapat cam pelajar dia pun kecuali pelajar yang duduk depan dan selalu tanya macam-macam soalan. Dalam kuliah ni, kena bagi sepenuh tumpuan, kalau hilang sikit pun tumpuan tu, memang susah nak dapat balik, bayangkan pensyarah ajar dekat depan, pelajar dalam kuliah tu pula ada lebih 100 orang, tu bilangan yang sikit la bagi dayah. Sebab kadang tu lebih daripada 100. Korang boleh bayangkan tak?

Kelas tutorial pula selalunya akan ikut no matrik kita. Pelajar untuk kelas tutorial tak seramai pelajar dalam dewan kuliah, jadinya senang sikit nak ajukan soalan atau dengan lebih senang dayah cakap, kenali lebih rapat dengan pensyarah. Dalam kelas selalunya dalam 20 orang lebih macam tu jer, jadinya tak susah untuk pensyarah cam pelajar dia. Haa..dah nampak sikit-sikit apa yang dayah cuba terangkan?

Nak bagi nampak lagi dayah kasi contoh macam ni, dekat sekolah, kita akan ada kelas 5A, 5B, 5C dan sebagainya betul tak? Ok, anggap kelas tu adalah kelas tutorial dan apabila gabung semua pelajar 5A,5B,5C dalam satu dewan dan bagi ceramah, haa itu la kuliah. Nampak tak? Dia lebih kurang macam tu jer tapi yang membezakan ia, kelas tutorial dia tak ikut keputusan peperiksaan untuk tentukan kelas tutorial yang akan pelajar duduki. Yang menentukan kelas mana pelajar perlu duduki adalah no matrik. Itu jer pun.hehe

Lepas tu kan, kehidupan di university ni sangat-sangat lah perlukan keimanan dan prinsip hidup yang sangat tinggi. Kenapa dayah cakap macam tu? Sebabnya, kita duduk berjauhan dengan keluarga, lepas tu taka da orang yang akan awasi kita seperti mana kita duduk di asrama sekolah. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Kita kena jadi diri kita dan tidak perlu terikut dengan budaya bebas yang kita hadapi di university. Dayah selalu sangat jumpa adik-adik junior yang terlalu cepat kejutan budaya.

Pesanan untuk semua termasuk lah diri dayah sendiri “jadilah diri kita walaupun seindah mana pun diluar sana, sebabnya diri kita yang  menentukan hala hidup kita, bukan orang lain” just be yourself dan jangan pernah sesekali rasa diri kita low kerana setiap daripada kita adlah permata bagi orang-orang yang sayangkan kita. Betul?

barakALLAHufikum


Anda Juga Mungkin Meminati

3 comments

  1. betul tu adik dayah... jgn lupa Allah yer... kuatkan iman dgn dugaan di alam universiti....

    ReplyDelete
  2. Kena tanam tekad dan matlamat.
    Setiap sem sekurang2nya dapat dekan.

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum