Review movie The Great Wall

January 17, 2017

The Great Wall

Assalamualaikum,

Semalam dayah pergi tengok wayang dengan abang dayah. Macam biasa, dia la yang belanja. Haha. Dayah kan adik yang baik dan comel lagi baik hati..hahaha ok ok kembali kepada dunia nyata. Dari tahun lepas lagi dayah ajak dia tengok The Great Wall sebab tengok triller dia macam best jer. Jadinya, semalam baru dia bawa dayah pergi tengok. Harga tiket rm 10.40 kalau tak salah dayah, sebab dayah tengok rm 10 tu jer, yang belakang tu tak tengok pula.


review the great wall, best ke the great wall, sinopsis the great wall, harga tiket the great wall

Sinopsis The Great Wall


Cerita dia tentang dua orang barat yang datang ke china untuk dapatkan serbuk hitam aka serbuk bom la senang cakap. Lepas mengaharungi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan diorang tu, diorang hampir dibunuh oleh satu makhluk, tapi diorang tak tahu makhluk apa. Kemudian diorang dikejar sehingga la bertemu dengan tembok besar China. Masa tu la baru tahu, dekat situ la persimpanan serbuk hitam tu dan dalam masa yang sama diorang baru tahu sebab kenapa tembok besar ni dibina dan kewujudan makhluk yang hampir membunuh diorang. Kemudian berlaku la macam-macam episode. Jadi korang kena layan sendiri baru best, kalau dayah cerita semuanya, tak seronok pula nanti.

Best ke The Great Wall


Kalau tanya dayah best ke tak, jawapan dayah memang la best. Sangat-sangat best dan sangat dicadangkan untuk korang tengok. Memang perhhhh la, tak dapat nak gambarkan jalan cerita dengan sound track dan juga general yang cina yang comel tu. Haha jalan cerita yang sangat smooth dan ada unsur jenaka dan paling penting cara diorang berlawan tu memang sangat-sangat kagum la dengan lakonan diorang. Sepanjang sejam lebih dalam panggung tu memang tak sempat nak bosan dayah cakap dekat korang. Hehe. Kalau diberi peluang tengok sekali lagi, memang dayah nak tengok sekali lagi. Jalan cerita yang menceritakan kepercayaan terhadap satu sama lain sangat-sangat penting.

Jadi, sesiapa yang belum tengok tu, dayah cadangkan pergi la tengok secepat yang mungkin..hehe ok la jumpa lagi nanti di next entry. Semoga sihat selalu.


barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

3 comments

  1. Memang nak tengok.. sebab trailer dia ohsem sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi tengok cepat sementara duk ada ni..hehe

      Delete
  2. Mrs. A pun suka The Great Wall daripada Assassin Creed.

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum