Adkdayah #2 : Sebab kenapa tidak Swafoto

January 17, 2017

SWAFOTO
Assalamualaikum,

Ada orang tanya dayah, kenapa lama tak nampak dayah post gambar dayah dekat Instagram dan facebook. Sebenarnyakan, hehe..suspen tak? Ok dayah syok sendiri..haha sebenarnya dayah ada jer, dayah ada masalah kulit sikit. Wow, masalah kulit tu. Ha ah, dahi dayah dicemari oleh bintik-bintik macam jerawat tu dengan jayanya. Bukan nak berbangga tapi asalnya kan, muka dayah memang susah nak naik segala makhluk alam tu, tapi entah la, sejak bila dia berjaya takluk.huhu


Benda ni berlaku saat mak dayah pergi buat haji tahun lepas dalam bulan 9 tu. Dayah duduk rumah kakak dayah, dalam seminggu tu, mula naik seketul dua, dayah ingatkan nyamuk sebab rumah kakak dayah memang banyak nyamuk, lepas tu nak masuk sebulan, dia membiak dengan jayanya. Takut dayah. Abang-abang dayah pula asyik duk kata dayah guna produk skincare banyak sangat. Memang la mengamuk dayah, haha dayah setakat tempek bedak dengan bedak asas semua tu memang ya, tapi nak pakai produk skincare ni, memang dayah takut sikit. Kalau pakai pun, tak lama mesti berhenti.

Jadinya, datang mana punca muka dayah naik macam tu sebab pakai skincare. Betul tak? Masa tu memang serabut sangat la dayah cakap dekat korang. Bayangkan, dayah selalu mengadu segala macam dekat mak dayah, sekali mak pula pergi Mekah, taka da orang dayah nak mengadu. Kalau mak ada memang mak akan bising kalau naik seketul pun jerawat. Haha..nampak sangat anak perempuan dia seorang jer. Pergi rumah mak saudara dayah pun, diorang pakat tegur, lagi la tekanan. Dayah cuba cari solution dengan pak cik google.

Dayah cari “cara hilangkan bintik-bintik di dahi” memang banyak cara yang ditunjukkan. Dayah guna semua perkara, masih lagi tetap sama bah kan makin bertambah. Rasa nak menangis tu jangan cakap la. Tunggu mak balik bulan 10 kemudian memang mak terkejut sangat-sangat la.. ayah dayah lagi la, belek-belek muka dayah sampai rimas. “kenapa la dengan muka hang ni adik” “awat tak jaga langsung muka hang ni adik” memang ayat tu ja duk keluar..haha

Dalam 2 minggu mak dayah bali dari mekah tu, amk cadangkan dayah pergi klinik. Cuba untuk cari punca masalah. Dayah pergi kemudian Doktor pun tak tahu punca..aiseh punya doctor. Dia bagi ubat gatal jer. Kemudian dayah pakai dalam 2 minggu kemudian masih juga sama macam hari tu, bahkan makin turun ketepi pipi dekat dengan telinga. Abang dayah cakap, cuba pergi klinik pakar kulit. Lastly dayah pergi Pakar kulit Dr Khoo dekat pecan sungai petani.


Alhamdulillah makin ok sekarang ni, dia kasi makan ubat dan ubat sapu malam dan siang dan juga ubat cuci. Nanti dayah kongsi sebab-sebab kenapa boleh jadi bintik-bintik  dan berapa rm semuaubat-ubatnya dengan lebih detail. Doakan parut yang ada sekarang  cepat hilang yer korang, memang takut sangat-sangat bila jadi macam tu, tambah-tambah dekat muka. Memang lagi la takut, kita perempuan pula tu..huhu
Sebab kenapa tidak Swafoto, adkdayah, celoteh adkdayah, kanvaskehidupanku
gambar semalam pergi tengok wayang dengan abang dayah, dahi tu kalau tak tampal bedak memang nampak sangat bekas parut tu 🙍


barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

2 comments

  1. ada byk ubt dah skang ni..bleh ilang insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..doa doa cepat sembuh =)

      Delete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum