Pagi Penjemput rezeki
May 29, 2017DUGAAN
Assalamualaikum,
salam pagi Ramadhan, hari ni dah 3 hari kita berpuasa dan 4
hari kita berterawikh. Jadi macam mana keadaan semua orang? Okey ke tak?
tinggal lagi 27 hari untuk kita rebut pluang melakukan amal ibadat dengan
gandaan pahala. Wahhh, rezeki kita masih ada sebab masih lagi bernafas dimuka
bumi ini di bulan Ramadhan kali ini. Alhamdulillah.
Pagi penjemput rezeki, kenapa dayah tulis tajuk itu? Sebab setiap
pagi adalah masa rezeki datang. Sebab tu orang tua-tua selalu cakap, “jangan bangun
lewat, nanti tak ada rezeki, bangun pagi-pagi baru la pintu rezeki terbuka
luas.” Betul juga apa yang diperkatakan. Dayah kerja dekat Litlle Caliph ni pun
kena datang awal, walaupun tak mengajar, tapi tetap perlu mengasuh. Jadinya kerja
juga la cuti 2 minggu ni. Huhu
Redha kan diri, kuatkan diri, yakin bahawa dugaan yang Allah
bagi ini ada sebabnya. Allah tahu bahawa dayah kuat untuk semua ini. Bak kata
mak dayah “ sabar la sekejap, sekarang ni masa untuk adik berada dibawah dan
belajar apa yang patut, nanti satu masa akan ada yang lebih baik maka kuncinya
sekarang hanyalah SABAR”
Ya!! Dayah sedang belajar sabar untuk terima pelbagai
dugaan. Bila orang tanya, dugaan apa? Semua orang aka nada dugaan, macam dayah
sekarang dugaan di tempat kerja. Semua tempat kerja ada masalah, tipu la kalau
dayah cakap tak ada masalah tempat kerja lain. Cuma dugaan tu kadang kita boleh
hadapinya dengan sendiri dan ada juga dugaan yang memerlukan bantuan orang
lain.
Cuma ingat satu perkara, selagi kita ikhlas dengan pekerjaan
kita, in sha allah aka nada yang terbaik sedang tunggu kita. Sabar dan terus
bersabar sebab itu saja kunci kejayaan untuk kita semua. Peringatan untuk dayah
dan juga untuk setiap yang membaca titisan bingkai kata yang tersisip di dalam
celoteh adkdayah ini.
Semoga apa yang dayah kongsi di pagi jumaat ini, diberkati
dan diambil ikhtibar untuk taulada kita bersama. Semoga Ramadhan kali ini
diberkati dan diterima olehNYA. Aminn
3 Ramadhan
barakALLAHufikum
2 comments
Blogwalking Dari AFB. Mmg pagi penjwmput rezeki kerana bila kitamulai Dari pgi mmg Terasa byk menda boleh buat kan
ReplyDeleteLawatan AFB :)
ReplyDeleteKakSha suka ingatkan diri sendiri yang dugaan itu membawa hikmah yang cukup besar. Hikmah tu selalu KakSha dapat dari segi rezeki. Alhamdulillah. Moga rezeki melimpah ruah buat awak juga Dayah..
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.