Selamat Hari Raya Aidilfitri
July 02, 2017Trend Raya 2017
Assalamualaikum,
Selamat hari raya semua, maaf andai tersalah dan silap
sepanjang perkenalan kita didunia maya mahupun di alam reality. Dayah mohon
andai ada khilaf yang sengaja atau tidak sengaja yang telah terlafaz. Raya tahun
ni, boleh tahan meriah juga apabila kita dapat cuti seminggu selepas raya. Maksudnya,
sempat la orang beraya dalam seminggu tu, macam tahun lepas, cuti seminggu
sebelum raya, jadinya, bila lepas raya jer, sudah nak masuk kerja atau sekolah.
Betul tak?
Trend Raya 2017
Apa yang dayah perasan la kan, tahun ni tak banyak tema
macam tahun-tahun lepas. Maksud dayah, tahun lepas ada juga la #teammerah
#teampurple tapi tahun ni, banyak yang berwarna warni, tak ada tema sangat macam
tahun-tahun sebelum ni. Trend dayah tahun ni warna kuning mustard dan green
emerald. Kalau tahun lepas merah dan kuning mustard. Jadi tahun ni kita guna
lagi kuning mustard tu dan tambah green emerald. Cuba tengok gambar raya dayah
dekat bawah ni. Okey tak gabungan dua warna ni.
Gambar keluarga dayah |
Dayah bersama anak-anak buah (anas, alisha, sumayyah) |
anak buah perempuan |
sumayyah |
Tahun ni, kitorang keluar awal sikit, lepas jer beraya
dengan ahli keluarga, terus pergi beraya rumah saudara mara dayah, selalu tak sempat
nak keluar, mesti dah penuh rumah sampai ke malam. Jadinya, tahun ni dayah
dengan keluarga, keluar awal sikit. Hehe boleh la beraya dekat rumah orang,
kalau tidak, adoii..haha bukan apa, selalunya raya kedua semua dah pakat balik kampong
masing-masing, jadinya kitorang tak boleh nak beraya dah. Sebab tu la kitorang
beraya di hari pertama.
Macam mana pula cerita raya korang? Meh la kongsi-kongsi
cerita dengan dayah. Semoga persahabatan kita di alam maya ini lebih akrab. Amin
barakALLAHufikum
11 comments
Biasa biasa jerrr
ReplyDeleteComel Nye anak2 buah dayah
ReplyDeleteSelamat hari raya Dayah :)
ReplyDeletejempt join ga saya :) https://fws00blog.blogspot.my/2017/07/aidilfitri-giveaway-by-faye-and-friends.html
ReplyDeletecomelnya sumayyah.. pipi dia tembam. geramnya.
ReplyDeleteSelamat hari raya....lepas ni boleh beraya dengna keluarga sendiri pula ya...
ReplyDeleteselamat hari raya! walaupun da hujung2 hehe, comel je sumayyah pipi dia tu geram betul rasa nak kenyekk je haha
ReplyDeletejemput singgah ye
http://www.syakillaazam.my/tip-kesihatan/mengapa-orang-obesiti-tidak-berasa-kenyang/
selamat hari raya, comel je sumayyah punye pipi tu geram sangat rasa nak picit! hehe
ReplyDeletejemput singgah ye
http://www.syakillaazam.my/tip-kesihatan/mengapa-orang-obesiti-tidak-berasa-kenyang/
Waa lama.tak.singgah blog dayah...dayah apa khabar..sihat ?
ReplyDeleteSelamat hari raya. Maaf zhr batin dayah. Comel la anak buah dayah tu ;)
ReplyDeleteccl new follower siini .. jemput ke blog http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/08/resepi-donut-cheese-leleh.html
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.