Cukuplah!! Jangan salahkan perempuan dan datang bulan

February 13, 2017

PEREMPUAN DAN DATANG BULAN


Assalamualaikum,

Hari tu dayah ada baca tau dekat twitter, ada la seorang hamba ALLAH ni tweet “Jangan jadikan alasan PMS untuk bagi sebab yang tidak logik”. Dayah macam tertarik dengan ayat dia sampai nak buat entri tentang ni. Betul ke perempuan ni, dia selalu guna alasan datang bulan untuk buat macam-macam? Betul ke? Dayah rasa macam tak jer. Kenapa dayah cakap macam tu? Lelaki tidak akan faham situasi seorang perempuan sampai la dia sendiri berada ditempat perempuan itu sendiri. Dayah yakin, semua wanita diluar sana akan bersetuju dengan pendapat dayah ini.
datang bulan, perempuan dan datang bulan, perempuan bila datang bulan, period pain, pms
google image


DATANG BULAN DIJADIKAN ALASAN


Lelaki selalu akan cakap macam ni “ asal datang bulan jer, mood tu mesti kelaut, cuba jangan layankan sangat” orang lelaki boleh cakap jer, cuba duduk ditempat perempuan tu sendiri, baru tahu..setiap perempuan tidak pernah inginkan mood diorang jadi tidak menentu, percayalah wahai lelaki. Kami perempuan tidak pernah ingin kan perasaan tetiba sedih sangat-sangat, perasaan takut tetiba, perasaan nak marah tanpa sebab dan pelbagai lagi perasaan. Percayalah wahai insan bernama lelaki, kami perempuan tidak pernah inginkan perasaan itu.

Hormon yang berada didalam badan ini yang telah membuatkan semua itu terjadi. Dayah percaya, lelaki akan cakap, “alaa..dah layankan sangat perasaan tu, cuba jangan layankan. Ok la tu”. Ya ALLAH! Kalau la dayah boleh ceritakan macam mana perasaan tu, dayah akan cerita dah, dayah sendiri kalau nak datang bulan, pasti akan datang perasaan takut dan sedih yang bermacam-macam. Dayah pun tak tahu kenapa, dah cuba lawan tapi masih lagi gagal. Hanya ALLAH jer tempat mengadu, memohon pada DIA untuk hilangkan perasaan itu cepat-cepat, sebab takut orang tak suka dengan kita apabila kita buat perangai macam tu.

datang bulan, perempuan dan datang bulan, perempuan bila datang bulan, period pain, pms
google image

Kami perempuan tidak pernah minta lebih kepada pihak lelaki, kami hanya mintakan, kaum adam memahami kenapa dan mengapa kami mejadi begitu. Cukuplah sekadar faham situasi, cukup lah. Jangan menambahkan lagi sulit dan sukar tu kepada kami. Kai mohon sangat, cukup lah cakap yang kami ni saja menggunakan alasan datang bulan untuk buat tindakan yang tak logik. Terima kasih kepada yang memahami, semoga ALLAH merahmati anda.


barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

10 comments

  1. slu duk dgr mcm tu, tp akak rasa diri akak ni dtg bulan ke tak sama sj... hikhik...

    ReplyDelete
  2. Rasa sakit berbeza... ada yang tak sakit sangat, ada perempuan yang sangat sengsara.. bila sakit memang mood kelaut lah, dah la tengah sakit, ada orang cari pasal memang makan kaki lah jawabnya kan...

    ReplyDelete
  3. Hurm.. nie emsti tak cuba nak faham..
    Bagi sesetengah orang pms is very hard..
    Ada yang kalau datang bulan je mesti terbaring, guling2 atas katil..
    Bukan sengaja tapi memang sakit tu real.. Ada yang okay, memang okaylah.. Rezeki masing2 sangat berbeza.. ini rezeki juga ye..

    ReplyDelete
  4. hmmmm tak dapat nak bayangkan macam mana rasa sakit tu.
    semoga kuat ya adk dayah.

    ReplyDelete
  5. kalau Nurul jenis tak boleh orang kacau Nurul.. tapi nak jugak kacau.. bila kena marah, eh dia marah kita balik.. huhuhu.. tak tahu nak fahamkan kaum adam macam mana.. >.<"


    jemput join segmen Nurul ye :D
    http://www.syahirahvaliant.com/2017/02/segmen-review-blog-by-syahirahvaliantcom.html

    ReplyDelete
  6. aril stuju . aril ni x mahir sngt psal perempuan . tapi bila diorang dtg period, please jngn kacau diorang . they need more rest at a same time a peaceful mind ..

    aril singgah ye

    ReplyDelete
  7. SETUJU! kalau ada yg cakap tipu, tapi hakikatnya aina sendiri bila nak period je rasa cepat marah. lepastu macam2 mengidam nak makan itu ini. dah lumrah perempuan akan alaminya mcam tu. kau orang lelaki cuba laah faham sikit.

    ReplyDelete
  8. Mesti cakap arab berabok ni.
    Arab kata datang bulan macam mana ge?

    ReplyDelete
  9. kannn.. sila memahami ..pi main jauh2 kalau tak xmo phm..hihihi

    ReplyDelete
  10. Allah jadikan tu semua kpd kaum wanita, pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum