Drama korea yang memberi manfaat

January 16, 2017

Drama korea yang best ditonton

Assalamualaikum,

Drama korea yang memberi manfaat bagi pendapat dayah. Setiap orang ada pendapat masing-masing kan? Jadi ini adalah pendapat dayah. Dayah nak senaraikan sebab-sebab yang menyebabkan drama korea yang dayah senaraikan di entry sebelum ini. Korang dah baca belum entry dayah pagi tadi tentang hobi tu? Haa..belum baca? Pergi baca cepat, baru tahu, kenapa tetiba dayah nak senaraikan sebab drama korea dapat memberi manfaat. 

Dayah ada senaraikan beberapa drama yang dayah rasa, dapat memberi manfaat kepada penontonnya. Setiap drama ada pro dan kontranya. Jadi dalam entry kali ini dayah nak cerita yang positif jer, malas nak cakap yang negative sebab semua orang dah tahu kot, drama korea bukan drama yang akan tetiba ada unsur Islamic betul tak? Haa..jadi dekat sini, selagi kita dapat manfaat, kita boleh ambil, kalau yang bukan-bukan tu, tak payah la nak jadikan tauladan pula yer. Ok jom lets start it!


Drama korea yang memberi manfaat, Drama korea yang best ditonton, Pinochio, Its ok its love, Hyde, Jekyll and Me, Kill Me Heal Me, Descendant of the Sun

1.Pinochio


Cerita mengenai seorang yang berpewatakan seperti cerita kartun pinochio yang kita tahu, pinochio adalah seorang budak kayu yang mana apabila dia menipu, maka hidungnya akan panjang. Dalam cerita ini pula, kalau dia cakap tipu atau pun bukan kebenaran dalam bahasa baik sikit, maka dia akan tersedu. Ok dekat sini kita dah boleh jadikan symptom pinochio ini sebagai kajian, betul ke ada symptom pinochio ini? Kalau korang cari didalam engine search google, korang akan temui banyak tentang symptom ini. Apa itu symptom pinochio, memang betul ada tau symptom pinochio ini. Haa jadinya, dekat sini kita dah tahu serba sedikit tentang apa itu symptom pinochio. Dayah tak nak hurai banyak-banyak tentang symptom ni, nanti panjang sangat entry, korang tak nak baca pula. Haha

Kedua, drama ini mengisahkan macam mana nak jadi seorang wartawan yang baik dan dalam masa yang sama, drama ini menunjukkan realiti seorang wartawan. Masa dayah tengok drama ni, dayah dekat USIM dan secara kebetulan pula, dayah ambil subjek kewartawanan, memang semangat berkobar-kobar tengok drama ini. Dalam masa yang sama, dayah belajar untuk menjadi seorang wartawan yang tidak memihak kepada mana-mana pihak.


Drama korea yang memberi manfaat, Drama korea yang best ditonton, Pinochio, Its ok its love, Hyde, Jekyll and Me, Kill Me Heal Me, Descendant of the Sun

2. Its ok its love.

Its ok its love adalah drama yang mana 18sx keatas. Tak elok untuk budak-budak tengok, tapi dekat sini dayah nak bagi tahu sebab kenapa dayah kata drama ni bagi manfaat. Sebabnya, dalam drama ini dayah dapat ilmu tentang pelbagai penyakit mental. Sakit mental tidak semestinya gila sahaja tau, dekat dalam drama ini dia ada kupaskan tentang Tourette disorder, schizophrenia dan banyak lagi la kalau nak senaraikan. 

Yang dayah kaji betul-betul adalah Tourette disorder, sebab bagi dayah kwangsoo berlakon tu saja-saja sebagai peranan dia jer. Apabila dayah kaji dan selidik betul-betul memang ada sakit tu. Jadi dayah kaji dan kaji sampai lah sekarang, dayah masih lagi mencari ilmu tentang sakit itu. Rasa macam satu ilmu baru yang mana ilmu ini kurang diberi pendedahan kepada orang biasa seperti dayah. Dayah pernah buat entry tentang Tourette disorder dekat SINI.

Drama korea yang memberi manfaat, Drama korea yang best ditonton, Pinochio, Its ok its love, Hyde, Jekyll and Me, Kill Me Heal Me, Descendant of the Sun
Hyde, Jekyll and Me

Drama korea yang memberi manfaat, Drama korea yang best ditonton, Pinochio, Its ok its love, Hyde, Jekyll and Me, Kill Me Heal Me, Descendant of the Sun
Kill Me Heal Me

3. Hyde, Jekyll and Me dan Kill Me Heal Me.


Dua drama ini membawa satu elemen yang sama iatu split personality disorder / multiple personality disoder. Macam Tourette disorder juga, dayah rasa macam satu rekaan jer penyakit ini, mungkin ia salah satu genre drama. Masa dulu sekolah rendah kena belajar novel English yang lebih kurang macam ni juga. Jadi dayah ambil inisiatif yang sama untuk kaji dan selidik disoders ini. Memang ada disoders yang diceritakan  dalam dua drama ini. Macam mana nak tangani dan macam mana kita boleh kesan orang yang ada split personality semuanya kita dapat kaji. Dekat sini, kita dah dapat ilmu yang pada mulanya, kita ingat ianya hanya satu rekaan. Betul tak? Bukankah ini pun satu ilmu.

Drama korea yang memberi manfaat, Drama korea yang best ditonton, Pinochio, Its ok its love, Hyde, Jekyll and Me, Kill Me Heal Me, Descendant of the Sun

4. Descendant of the Sun


Drama yang berkaitan tentang kehidupan seorang askar dan  doctor. Drama ini mengingatkan dayah masa dayah pergi kem dekat tanjung malim anjuran u3p dan pusat kesihatan usim dengan kerjasama PBSM tanjung malim. Waktu tu kami buat simulasi tanah runtuh, dan disaat itu, macam mana kami nak handle kes macam tu. Situasi yang sama macam dalam drama ini, saat gempa bumi,macam mana askar lakukan tugasan mereka, dan macam mana pihak medik lakukan tugasan mereka. 

Bukan dayah nak kata drama melayu tak bagus tapi kalau la drama melayu boleh tunjuk situasi sebenar sesuatu perkerjaan tu kan lagi bagus. Kalau berlakon sebagai askar, tunjuk macam mana susahnya menjadi seorang askar, kalau berlakon sebagai doctor, tunjuk macam mana cara diorang selamatkan pesakit. Ini lebih memberi semangat dan motivasi untuk penonton. Bukannya berlakon menjadi doctor hanya dibaju putihnya dan pusing hospital. Kalau tunjuk suasana kerja mereka lebih baik dayah rasa, umpama kta menghargai susah senang mereka.

Selain drama-drama diatas, banyak lagi yang nak disenaraikan tapi dayah tak boleh la senaraikan semua sekali, nanti korang dah tak datang blog dayah untuk baca. Haha

Semua diatas hanyalah pendapat dayah, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Betul kan? Hehe dayah tengok cerita yang boleh otak dayah berjalan maksunya berfikir, bukan setakat berkhayal tengok oppa-oppa handsome saja. Itu bonus ok..haha

Ok lah korang, dayah rasa dah panjang sangat ni dayah karang, semoga dapat la serba sedikit apa yang dayah cuba sampaikan ini yer.

Jumpa lagi di next entry, semoga sihat selalu.


barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

6 comments

  1. ya..kak pun setuju dengan dayah..drama Korea banyak manfaatnya..kita dapat mengambil iktibar selepas menontonnya.ada juga side negatif tapi ambil sajalah yang positif kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul =) selagi mana boleh ambil jadi tauladan ikutkan jer, yang mana tak elok, minta simpang jauh2 =)

      Delete
  2. Hyde n Jekyll tu je tak khatam lagi...

    ReplyDelete
  3. Belum kesempatan menonton drama2 Korea.
    'Running Man'kadang2 pernah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu mak dayah tak kasi tengok RM, sekali sekarang, dia pula yang terjebak.,.hehe layan la, buat hilang stress =)

      Delete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum