Rindu yang terpendam

February 09, 2017

RINDU

Assalamualaikum,

Semalam dayah tak update entri sebab sedikit sibuk dengan dunia baru, dunia pekerjaan. Jadinya dayah memohon ampun dan maaf yer. Bajet artis sungguh la…haha. Semalam kan, dayah macam tekanan tau, sebab selama ni dayah selalu dengan kawan-kawan dayah daripada dayah umur 13 tahun sampai la 23 tahun, dayah banyak bersama dengan kawan-kawan sebab dayah belajar jauh. Jadinya, apabila dayah  dah masuk umur 24 ni, kena duduk dirumah atau beralih tempat baru, dayah jadi kekok, bukan kekok sebab tak dapat suaikan diri, tapi rasa kekok dengan bawaan diri kita. Kalau dekat rumah, waktu siang dayah selalu sembang dan melawak dengan mak ayah dan adik-beradik dayah. Kalau malam pula, dayah banyak habiskan masa dibilik menghadap laptop dan melayan dunia maya. Dayah selesa sedikit apabila dayah dapat meluangkan masa dan bersama-sama dengan orang yang minat sama dengan dayah.
rindu, sayang kawan, rindu kawan, usim, u3p usim, maktab mahmud merbok, maktab mahmud alor setar
ehsan google image

Selesa dengan orang minat sama dengan kita.

Maksud dayah dekat sini, hobi yang sama dan kita dapat berkongsi cerita tentang minat dan hobi kita tu. Dayah bersyukur sangat apabila dayah join group AFB dan Kelab Blogger Ben Ashaari. Sebabnya, apabila dayah rasa tak selesa atau rasa kekurangan, dayah boleh berkongsi cerita dengan diorang. Diorang sporting sangat-sangat. Tambah-tambah pula, pabila minat yang sama ni telah merapatkan kami, dayah belajar banyak ilmu blog daripada diorang. Diorang sangat-sangat membantu dayah, macam mana nak naikkan uv dan pv blog. Melalui bantuan diorang dayah dapat tarik perhatian PR untuk beriklan atau buat review di blog dayah. Alhamdulillah. Bukan setakat di blog, malah ilmu di media sosial lain seperti Instagram dan facebook juga.

Kalau dengan kawan-kawan dayah pula, kami berkongsi hobi yang sama juga, antaranya mendaki, bercuti dengan aktiviti lasak yang mana, apabila balik rumah tu, sakit satu badan..haha. paling best apabila dapat hiking dan tengok keindahan alam yang sangat-sangat cantik. “Terima kasih ya ALLAH kerana menjadikan alam yang cantik untuk kami terokai” Aminn

Rindu nak berbual-bual dengan kawan baik.

rindu, sayang kawan, rindu kawan, usim, u3p usim, maktab mahmud merbok, maktab mahmud alor setar
zaman bertudung labuh, rindu nak bertudnung labuh lagi =) doakan dayah kuat yer

Ingat lagi zaman belajar dulu, tak kira la masa belajar dekat sekolah menengah ke, dekat universiti ke,  sama jer. Malam minggu mesti tidur lambat sebab berbual sampai tak ingat dunia dengan kawan baik. Masa tu la nak kongsi rahsia,  nak luahkan perasaan tak puas hati dekat kawan baik. Masa sekolah menengah dulu, dayah selalu akan duduk sama-sama dengan kawan baik dekat depan asrama (depan asrama ada gazebo) masa tu la luah tak puas hati dekat kawan baik sepanjang minggu tu. Lepas tu, kitorang mesti muhasabah diri dan kemudian minta maaf sesame kami. Sebab tu, talian persahabatan ni kekal sehingga sekarang. Alhamdulillah.

rindu, sayang kawan, rindu kawan, usim, u3p usim, maktab mahmud merbok, maktab mahmud alor setar
4 sahabat yang bersama susah dan senang, sayang sangat-sangat dekat 3 orang ni.

Masa zaman universiti pula, masa hujung minggu la nak kumpul dekat kedai makan, kemudian berkongsi cerita seminggu tu, rahsia, tekanan belajar, tekanan dengan kawan sekumpulan yang tak nak buat kerja, haha. sebab kumpul hujung minggu sebab ada yang kawan-kawan baik dayah bukan daripada kos dayah, jadinya dalam seminggu tu, nak jumpa pun masa hujung minggu jer la. Rindu zaman malam-mala boleh bual sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan sedikit perasaan yang negatif dalam badan kita tu.

Kesimpulannya, dayah rindu nak bersama-sama dengan kawan-kawan dayah. Kawan-kawan yang memehami dayah, yang boleh menggila bersama, yang boleh gelak tanpa sebab tapi dengan kawan-kawan baik jer kita boleh tahu, apa masalah dia kalau tetiba dia diam. Dia hanya akan datang dekat, peluk kita dan cakap, “kalau ada masalah, jangan simpan sorang-sorang, aku tak nak berkawan dengan orang gila” haha senget punya ayat., tapi itu la kawan-kawan dayah, dalam pujuk ada gurauan. Sayang korang. T_T


barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

5 comments

  1. Rindu pada kawan kadang2 datang bila kita keseorangan dan tak de apa nak buat... Bila lihat gambar bertudung labuh tu, saya tak jumpa mana satu tuan punya blog... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2, selalu macam ni..huhu rindu diorang apabila kita duduk sorang2..tak jumpa ke? cer teka hehe

      Delete
  2. aril singgah lg kat sini .. Kawan tu penting .. Tp kena pndai pilih kawan ..

    ReplyDelete
  3. Samalah dayah, syed pun rindu juga dengan kawan-kawan, walaupun baru je habis belajar tapi rasa pelik bila buat sesuatu diorang takda bersama kita haha. btw dayah, afb group tu apa?

    ReplyDelete
  4. Biasalah dayah. itulah namanya kehidupan. nanti dh kawin takpe, mesti dh tak kisah sangat sbb dah ada insan tersayang depan mata untuk bantu ubatkan rindu pada kawan2 tu :D

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum