Maksud tersirat movie DILWALE

January 07, 2016

MOVIE DILWALE

Maksud tersirat movie DILWALE


Assalamualaikum baru-baru ni kan orang semua pakat update status dekat facebook.

"Pengajaran DILWALE : lelaki ambik masa 5 minit untuk memaafkan perempuan, sedangkan perempuan pulak ambik masa 15 tahun 4 bulan 10 hari untuk memaafkan seorang lelaki"

Dayah tak cakap yang status tu salah, tapi dayah nak kasi pandangan dalam hal tu. Ok, faham dah? Hehe mungkin sebab dayah pun perempuan, so emosi perempuan agak tergugat bila baca ayat macam tu,pada hal memang betul pun, perempuan ni susah nak maafkan lelaki tu, tambah-tambah pula lelaki tu adalah lelaki yang dia amat sayangi.

Tapi tengok la balik apa sebab dan musabab lelaki dan perempuan ambik tempoh yang berbeza.

Perempuan sebab dia nampak orang yang dia sayang bunuh ayah dia.

Lelaki pulak sebab dia dapat tahu siapa sebenarnya perempuan tu dan perempuan ty cuba bunuh dia.

Thats all. So, sebab dan musabab dia tu yang beri impak kepada 15 tahun 4 bulan 10 hari. Nampak tak apa yang nak disampaikan dayah? Kadang tu orang memang akan nampak lelaki mudah memaafkan dan sebaliknya pada perempuan. Tapi korang tengok tak sebab mengapa terjadinya hal sedemikian?

By the way, korang kena ingat juga, bukan semua lelaki pemaaf dan semua perempuan pendendam begitu juga dengan sebaliknya. Hal ini, sama juga dengan hal lelaki tak jujur dan perempuan selalu jadi mangsa mainan lelaki. Sedangkan ramai jer perempuan yang tak jujur dan mainkan perasaan lelaki. betul tak?

Jadi, dayah rasa sebelum kita tundingkan jari kepada setiap hamba ALLAH dimuka bumi ni, kita periksa dan teliti dulu sebab dan musabab kenapa seseorang itu boleh bertindak sedikian rupa. Sebelum judge seseorang tak kira lelaki mahu pun perempuan, kita dengar dan lihat dari kedua-dua belah pihak untuk kepastian dalam penilaian kita.

Itu saja pandangan dayah daripada movie DILWALE yang dayah tengok semalam. Jangan kecam saya ^_^ hee dayah hanya memberi pendapat, lain orang lain pendapat kan?

Jumpa lagi yer semua, semoga dalam keadaan sihat dan dibawah lindungan yang ESA.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

6 comments

  1. Pandangan yg bagus kak dayah! :)

    ReplyDelete
  2. Salam singgah, baru tengok hihi. Betul la jgn cpt tunding jari. Studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. selamat sy tak tengok filem dilwale ni..jehehehehhehe

    ReplyDelete
  4. actually akak cuba pahamkan konklusi yg dorang buat tu...sbnrnya dia lebih kepada nak bezakan mentaliti lelaki & perempuan... :)

    ReplyDelete
  5. Ena tengok separuh jalan, dah tutup lappy.. entah, bagi ena bosan cerita ni... hahahaha

    ReplyDelete
  6. Tengok wayang feel dia lain.. Lagi best..he3..
    15 tahun 4 bulan 10 hari tu sebab Raj x carik pun meera...kalau dia carik dan bagi penjelasan mgkin dimaafkan tak perlu tempoh masa panjang kot... Tapi, Raj lebih sygkan adik dia Veer...kawan ayah dia suruh lupakan meera dan tumpukan pada veer yg sedang membesar... Di sini indahnya cerita nie... Kita jgn buang keluarga walau kita syg mcm mana sekalipun seseoang tu...

    Apa2 pun filem nie mmg best.. Kalau tukar SRK dan Kajol dgn org lain rasanya belum tentu jadi best filem nie.. He3.. Sori keluar topik plak... Hu3...jgn kecam saya😊

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum