Sahabat bukan kawan

January 10, 2016

Sahabat bukan kawan


Assalamualaikum, salam pagi ahad semua. Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. Jom nak dengar cerita tak? Ala, pagi-pagi ahad macam ni, bukannya sibuk nak pergi kerja pun, meh la duduk dan baca kisah dayah kejap.hee 
Sahabat bukan kawan!

Eh apa tu? Yer la, sahabat bukan kawan tetapi sahabat adalah keluarga, teman sejati yang sentiasa ada bersama kita walaupun susah mahu pun senang. Itu orang panggil sahabat. Kalau kawan pula, sentiasa ada bila mana kita tengah bergembira tapi belum tentu dikala duka dia still bersama kita.

Sepanjang 7 semester dayah di USIM, diorang ni lah sahabat dayah. Tak kira dikala susah mahupun senang. Tak kisah waktu dan hari apa, bila kita minta tolong sentiasa ada. Terima kasih korang sebab menjadi salah satu serpihan kenangan dayah di USIM. =)

Daripada pelbagai negeri, dengan loghat yang berlainan, karakter yang berbeza. Semua tu telah melengkapkan satu persahabatan yang utuh. 

Dayah bersyukur sesangat sebab dikelilingi sahabat yang betul-betul baik dan penyayang. Walaupun berbeza kelas, berlainan kolej kediaman, semua tu bukan penghalang untuk kami duduk satu meja, mengusik antara satu sama lain.

Dayah harap hubungan silaturahim ni, berkekalan hingga ke JANNAH. Dalam ramai-ramai ni teringin nak tahu siapa yang kahwin dulu >_< wish you all the best. Sayang korang ketat-ketat. Moga bertemu lagi. Korang sentiasa dalam titipan doa dayah.

Dijah, zura, kak pikah and dayah

Dijah, zura, sab, dayah and kak pikah

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

1 comments

  1. betul tu.. sahabat adalah orang yg memahami. mcm adik beradik

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum