[Luahan hati (3) by adkdayah] Rencah kehidupan

January 04, 2016

RENCAH KEHIDUPAN

Saat dunia bagi kebahagian,
Saat itu juga dunia beri kesakitan.


Manusia tak pernah puas dengan apa adanya,
Manusia tak pernah cukup dengan segalanya.


Bila jatuh, disalahkan orang lain.
Bila diatas, memuja diri sendiri.


Hidup tak pernah puas, sekali diatas tak bermakna diatas selamanya. Akhir nanti pasti menyembah bumi jua.

Kadang hidup perlu menghadapi saat sukar yang belum pasti kita mampu untuk menghadapinya, tapi yakinlah bahawa Allah tidak akan menguji hambanya jika diluar kemampuan hamba itu sendiri.
Terus bangkit dan berjalan kemudian berlari mencapai kebahagian itu. Bukan terus bangkit dan mencapai kejayaan yang belum pasti milik kita. Yakin lah bahawa, kejayaan pasti akan datang bila mana ada kebahagian didalam sesuatu kehidupan.

Hidup hanya sementara, 
Hanya meminjam semata-mata,
Penuh dengan kepura-puraan,
Mengapa perlu agungkan kehidupan seperti itu?


Hidup yang hanyalah seperti roda ini pasti akan terus bergerak dan terus menetapkan kita diatas dan dibawah.


Yakin pada Ilahi dan sujud padaNYA, hanya padanya kita berserah kerana hidup ini, nyawa ini, jasad ini hanyalah milik kekal yang maha kuasa.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

4 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum