Perakhiran bukan penamat segalanya
January 09, 2016
Perakhiran bukan penamat segalanya
Perakhiran sesuatu bukan bermakna penamat segalanya tapi ia adalah permulaan yang baru. Macam tu juga hidup dayah sekarang. Berakirnya pengajian di USIM bukan bermakna tamat segalanya tapi sekarang adalah permulaan untuk satu tahap lain iaitu praktikal.
Sebut praktikal, kecut perut pula. Yer la, dayah praktikal di Sekolah Menengah Agama Nilai. Haa!! Ada sesiapa yang mempunyai saudara atau anak-anak di SMK nilai ke? Meh berkenalan dengan dayah. Orang cakap, praktikal ni sukar sikit, banyak cubaan. Allah!! Takut la..korang doakan dayah dapat adapt dengan tempat praktikal secepat mungkin yer.
Arah baru, angin baru, jalan baru, kawan baru. Semuanya akan berubah, sedih memang sedih tapi bila ingatkan balik. Dunia sentiasa berputar, masa tetap berjalan. Hidup kita pun macam tu, jadi terima dan redha dengan takdir hidup. Doa kepada ilahi semoga langkah yang kita pilih adalah langkah yang terbaik.
Ok la korang, badan ni rasa lemah dan letih sangat sebab banyak benda nak kena buat dan nak kena fikir sebelum bermulanya hidup sebagai budak praktikal. Jumpa lagi yer, semoga didalam keadaan sihat sejahtera.
1 comments
good luck dayah.. do the best :)
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.