Maksud tersirat movie DILWALE
January 07, 2016
MOVIE DILWALE
Maksud tersirat movie DILWALE
"Pengajaran DILWALE : lelaki ambik masa 5 minit untuk memaafkan perempuan, sedangkan perempuan pulak ambik masa 15 tahun 4 bulan 10 hari untuk memaafkan seorang lelaki"
Dayah tak cakap yang status tu salah, tapi dayah nak kasi pandangan dalam hal tu. Ok, faham dah? Hehe mungkin sebab dayah pun perempuan, so emosi perempuan agak tergugat bila baca ayat macam tu,pada hal memang betul pun, perempuan ni susah nak maafkan lelaki tu, tambah-tambah pula lelaki tu adalah lelaki yang dia amat sayangi.
Tapi tengok la balik apa sebab dan musabab lelaki dan perempuan ambik tempoh yang berbeza.
Perempuan sebab dia nampak orang yang dia sayang bunuh ayah dia.
Lelaki pulak sebab dia dapat tahu siapa sebenarnya perempuan tu dan perempuan ty cuba bunuh dia.
Thats all. So, sebab dan musabab dia tu yang beri impak kepada 15 tahun 4 bulan 10 hari. Nampak tak apa yang nak disampaikan dayah? Kadang tu orang memang akan nampak lelaki mudah memaafkan dan sebaliknya pada perempuan. Tapi korang tengok tak sebab mengapa terjadinya hal sedemikian?
By the way, korang kena ingat juga, bukan semua lelaki pemaaf dan semua perempuan pendendam begitu juga dengan sebaliknya. Hal ini, sama juga dengan hal lelaki tak jujur dan perempuan selalu jadi mangsa mainan lelaki. Sedangkan ramai jer perempuan yang tak jujur dan mainkan perasaan lelaki. betul tak?
Jadi, dayah rasa sebelum kita tundingkan jari kepada setiap hamba ALLAH dimuka bumi ni, kita periksa dan teliti dulu sebab dan musabab kenapa seseorang itu boleh bertindak sedikian rupa. Sebelum judge seseorang tak kira lelaki mahu pun perempuan, kita dengar dan lihat dari kedua-dua belah pihak untuk kepastian dalam penilaian kita.
Itu saja pandangan dayah daripada movie DILWALE yang dayah tengok semalam. Jangan kecam saya ^_^ hee dayah hanya memberi pendapat, lain orang lain pendapat kan?
Jumpa lagi yer semua, semoga dalam keadaan sihat dan dibawah lindungan yang ESA.
barakALLAHufikum
6 comments
Pandangan yg bagus kak dayah! :)
ReplyDeleteSalam singgah, baru tengok hihi. Betul la jgn cpt tunding jari. Studioous.blogspot.com
ReplyDeleteselamat sy tak tengok filem dilwale ni..jehehehehhehe
ReplyDeleteactually akak cuba pahamkan konklusi yg dorang buat tu...sbnrnya dia lebih kepada nak bezakan mentaliti lelaki & perempuan... :)
ReplyDeleteEna tengok separuh jalan, dah tutup lappy.. entah, bagi ena bosan cerita ni... hahahaha
ReplyDeleteTengok wayang feel dia lain.. Lagi best..he3..
ReplyDelete15 tahun 4 bulan 10 hari tu sebab Raj x carik pun meera...kalau dia carik dan bagi penjelasan mgkin dimaafkan tak perlu tempoh masa panjang kot... Tapi, Raj lebih sygkan adik dia Veer...kawan ayah dia suruh lupakan meera dan tumpukan pada veer yg sedang membesar... Di sini indahnya cerita nie... Kita jgn buang keluarga walau kita syg mcm mana sekalipun seseoang tu...
Apa2 pun filem nie mmg best.. Kalau tukar SRK dan Kajol dgn org lain rasanya belum tentu jadi best filem nie.. He3.. Sori keluar topik plak... Hu3...jgn kecam saya😊
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.