TEMPAT SHOPPING MURAH-MURAH
January 24, 2016
PASAR KEMBOJA DI PENDANG
TEMPAT SHOPPING MURAH-MURAH
Assalamualaikum, tadi pagi tengok tak entri dayah? kalau tengok ni mesti datang nak baca kemana dayah pergi yer. hehe seperti tajuk entri dayah, tempat shopping murah-murah adalah di pasar kemboja Pendang. Korang hanya sediakan duit berkepuk-kepuk kemudian datang sini dan terus membeli. hee
Boleh dikatakan harga disini semuanya harga borong. Jadi korang boleh beli banyak-banyak kemudian jual online. Ini untuk yang kaki meniaga la. kalau macam dayah ni, cari baju raya siap-siap la senang. Nanti dah puasa malas nak berjalan lama-lama dengan cuaca panas. fuhh, tahap kesabaran dayah memang tahap minimum kalau cuaca panas, sebab cepat migrain.
Dekat bawah ni dayah ada beberapa gambar suasana dekat sana, tapi ni masa diawal pagi, jadi tak berapa ramai lagi. Dayah dengan mak suka keluar selepas subuh, sebab cuaca masa tu sejuk sikit. Nak pilih barang pun selesa sebab tak ramai lagi.
Dekat sini, korang boleh pilih daripada baju kurung, jubah, baju formal, tak formal, blouse dan pelbagai jenis dan aneka pakaian mengikut citarasa masing-masing. Bukan hanya pada pakaian jer, tudung pun banyak, shawl dua muka tak bermuka. huish, banyak sungguh kalau nak cerita. Korang kena pergi dan tengok sendiri, baru tahu apa yang ada di sana.
Masa ni mak tengah pilih jubah, range harga antara RM 25-35 sahaja, murah tak? murah la kan. =D
Ni hasil tangkapan dayah dan mak pada hari kejadian. hehe Batik serawak memang terbaik la dayah cakap. baju yang dah siap dijahit dengan harga RM55 sahaja. Tunggu apa lagi korang, jom kasi redah Pasar kemboja di pendang.
Ok lah korang, itu jer tahap keterujaan dayah nak bercerita tempat shopping murah-murah dekat korang. semoga dapat berjumpa lagi dimasa akan datang.
barakALLAHufikum
1 comments
Di Indonesia pun ada pasar macam itu, Tanah Abang namanya. Tanah abang itu luas kali tempatnya, capek kalau kita mau berkeliling semua. Disana kita bisa beli baju-baju cantik dengan harga murah, kualitasnya pun tak kalah juga hehe. Salam dari saya di Indonesia.
ReplyDeleteLove, Dayu | Fairytale Odyssey
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.