Kekabu asli untuk buat bantal empuk

February 21, 2017

KEKABU ASLI


Assalamualaikum,

Ingat tak entri dayah dekat SINI. Dayah ada cakap nak kait buah kabu kan? haa..ni nak cerita la kisahnya..hehe, hari tu kait buah kabu masa cuti Thaipusam, dapat la 4 guni buah kabu. Lepas tu, hari jumaat pagi tu, kami kait lagi, dapat la 2 guni buah kabu. Untung ada pokok kabu sendiri, sebab tak payah susah-susah nak beli. Dah la bantal kekabu asli sekarang ni mahal. Sebanyal kalau tak salah dayah RM30.

Lebih bail, kait sendiri, kupas dan buat bantal sendiri..jimat pun jimat. Zaman sekarang dah tak boleh nak berbelanja sakan dah, semua benda duit, bayangkan semalam dayah tengok instagram, bunga kantan sekuntum RM2.90. Perhhh...telan air liur dayah, dekat rumah dayah, banyak jer mak tanam. Sebab tu la, kita kena berbudi dengan tanah, sekurang-sekurangnya, dapat juga kita tanam apa yang patut dan tak payah beli. 

kekabu asli, kekabu asli untuk buat bantal empuk, bantal empuk guna buah kabu, pokok kabu, buah kabu
pokok kabu
Ni dekat rumah abang dayah yang no 1, dekat sini ada 2 pokok kabu. Asalnya, mak tanam 5 pokok, tapi biasa la, tanah tu bekas tempat sawah padi, jadinya susah nak melekat elok. Jadi, hanya 2 pokok yang tumbuh. Okey la tu, daripada tak tumbuh..haha

kekabu asli, kekabu asli untuk buat bantal empuk, bantal empuk guna buah kabu, pokok kabu, buah kabu
buah kabu
Haa..ni la buah kabu, sesiapa yang tak pernah tengok buah kabu secara dekat, ni meh dayah tunjukkan. Buah ni, kita kena kupas dekat tukul, sebab keras, lepas tu, kita kupas dan buah batang yang tengah tu, just ambil kabunya sahaja.

Lepas tu, masukkan dalam satu kain yang telah dijahit hujungnya, jadikan satu bungkusan besar, untuk kita letak kabu yang telah dikupas tadi. Dah siap semua, jemur jer dekat luar, nanti biji kabu tu akan terkelual dan berkumpul, kemudian, kita buka hujung kain tadi dan buang saja biji tu, senang. Tak payah nak susah-susah buang biji masa kupas tu. Dah siap semua tu, sediakan sarung bantal jer la, untik dibuat bantal. Selsesai.

ok la korang, jumpa lagi di entri seterusnya dengan keadaan sihat sejahtera.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

8 comments

  1. jimat blanja beli bantal..:)

    ReplyDelete
  2. Menariknya pokok kekabu ni tak pernah pegang dan sentuh lagi setakat ni. Untung berbudi dengan tanah kan, boleh buat jual lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..dekat kampung dayah banyak pokok kabu ni ha.,ada yang tak kait dan biarkan macam tu jer..huhu

      Delete
  3. Saya baru tengok buah kabu tu.... susah nak jumpa bantal kekabu sekarang ni.... pokok pun susah nak jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke? dekat kampung dayah setakat ni banyak lagi la..huhu

      Delete
  4. Kat tempat pakcik ada juga pokok kekabu ni. Masa kecik2 dulu memang tidur guna tilam dan bantal kekabu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan? seronok tidur atas tilam dan bantal kekabu ni =)

      Delete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum