Petua Tradisional untuk turunkan bacaan penyakit darah tinggi

February 06, 2017

PETUA TRADISIONAL


Assalamualaikum,

Selamat bekerja semua, dayah tahu, asal masuk hari Isnin jer semuanya macam bermalas-malasan betul tak? Nak buat macam mana, tu la penyakit 'Monday Blues' yang orang duk sebut sana-sini. Tapi jangan risau, santai-santai jer yer semua sambil baca blog dayah. Hari ini dayah nak kongsi satu peyua tradisional yang telah diamalkan dari dulu lagi oleh ahli keluarga dayah. Mak dayah selalu buat petua ini. Alhamdulillah dia dapat kawal bacaan darah tinggi dia. Mak dayah tak makan ubat darah tinggi sampai la umur dia 61 tahun, maknanya tahun lepas baru mak dayah mula makan ubat darah tinggi sebab dia boleh kawal penyakit darah tinggi dengan mengalamkan petua tradisional ini. Tapi ini semua penyebab sahaja, ALLAH yang menentukan, jadi kita boleh ikhtiar selagi ada daya. betul tak? 

Jadi, mari sini rapat-rapat dan baca betul-betul petua tradisioanal yang dayah akan kongsikan ini. Mana tahu, korang boleh sediakan petua tradisional ini kepada ahli keluarga yang ada penyakit darah tinggi. 

Buah Kedondong untuk penyakit darah tinggi.


Ya, betul. Buah kedondong atau di Kedah kami sebut buah Amra ini adalah salah satu ubat untuk penyakit darah tinggi. Dayah tidak bermaksud, dengan buah kedondong, penyakit darah tinggi akan hilang tetapi dengan buah kedondong, kita dapat mengawal penyakit darah tinggi. Bagaimana?

Mula-mula, pergi cari pokok buah kedondong, kemudian ambil sebanyak mana korang nak buat air, maksudnya nak buat jus kedondong asli.

Kemudian korang cuci buat tersebut sebersihnya dengan jala atau dawai gosok periuk. Boleh tengok gambar dibawah untuk lebih faham.

buah kedodong, petua untuk turunkan bacaan darah tinggi, petua tradisional, darah tinggi, ubat darah tinggi, buah amra
Buah kedodong yang belum dicuci sebersihnya

buah kedodong, petua untuk turunkan bacaan darah tinggi, petua tradisional, darah tinggi, ubat darah tinggi, buah amra
Buah kedondong yangtelah dicuci dengan jala atau dawai gosok periuk.
Dayah tak kupas kulit dia tau, cuci sebersihnya dengan jala dan dawai gosok periuk tu jer. Lepas sudah cuci, potong-potong macam kita nak makan 'nyicah' / 'colek'. Faham kan?

Kemudian, dah siap potong, kisar dengan air masak/tapis sampai hancur. Lepas tu, tapis dan boleh la minum. Jus ni tak perlu nak tambah gula atau apa-apa, minum macam tu jer, mungkin agak masam tapi untuk buat ubat, paksa rela jer la..hehe Kalau tak boleh nak minum juga, letak la gula sedikit tapi tak disyorkan la. 

Okey la semua, setakat ini saja perkongsian dayah untuk hari ini. Jumpa lagi dalam keadaan sihat sejahtera yer. Amin

p/s : minum ni jangan banyak-banyak yer dan bukan hari-hari, minum la kalau agak-agak pening kepala sebab darah naik ke, ha..masa tu la minum, in sha ALLAH, darah akan stabil balik. Kalau minum hari-hari takut darah rendah pula..hehe

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

6 comments

  1. Bagus ni untuk diamalkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bagus =) sebab family dayah selalu amalkan

      Delete
  2. Saya x de darah tinggi, tapi terliur dengan buah kodondong ni... adeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari buah kedondong la jawapannya, hehe

      Delete
  3. tu dia.. kedondong pulak dh.. sini panggil amra.. eh ADKDAYAH, nk tanya camana eh letak AFB Feed atas tu.. serius tak tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, dayah pun panggil amra.. tu coding khas dari AFB kak, setiap hari ditukar2 dengan blog AFB lain =)

      Delete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum