Jangan pernah berputus asa

February 20, 2017

SEMANGAT


Assalamualaikum,

Selamat pagi isnin semua, dayah duduk Kedah jadinya, dayah tak ada istilah monday blues..haha tapi sunday blues, boleh tak macam tu? ok ok, malas cerita tentang kemalasan nak masuk kerja, nak kongsi quote untuk pagi ini, itu jer.

Apabila satu dunia cakap 'berputus asalah', tapi berharaplah dengan berkata 'cuba sekali lagi'. Dalam hidup ni, mesti akan ada saat kita nak berputus asa dengan apa yang kita buat sekarang, contohnya bekerja, rasa macam malas dah nak kerja, nak cuba kerja lain pula sebab kerja ni tak sesuai dengan jiwa, tapi cuba kita bisik kan kata-kata ini dalam hati. Jangan mengalah, cuba dan terus cuba sehinggalah ia berkesan dan menjadi sebati dengan hidup kita. 

Kadang tu kan, dayah pun selalu jer jadi macam ni. Ada kalanya rasa macam nak berputus asa, tapi alhamdulillah dayah mempunyai keluarga dan sahabat yang sangat menyokong, diorang selalu bagi semangat untuk dayah terus berjuang. Jangan pernah mengalah..ALLAH ada bersama kita. Setiap langkah yang kita melangkah, pasti akan ada halangannya, jadi jangan pernah lari daripada halangan itu kerana halangan tu yang membuatkan kita terus kuat dan menjadikan kita yang sekarang ini.

Teruskan melangkah untuk mencapai kejayaan. Doa, Usaha, Tawakkal. In sya ALLAH, kejayaan pasti milik kita. Jom sama-sama bersemangat dengan dayah. Semog dayah juga terus bersemangat. Amin.

jangan pernah berputus asa, semangat dipagi hari

Jom mulakan kerja dengan senyuman, lebarkan aura positif agar hidup kita terus dalam suasana yang membahagiakan. Dayah doakan semua sentiasa bersama jalan untuk berjaya. Amin

Jumpa lagi di entri seterusnya dengan keadaan sihat sejahtera. Amin

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

7 comments

  1. Betul tu, jangan berputus asa dan usaha lagi sampai berjaya...

    ReplyDelete
  2. Bukan putus asa, tapi mungkin kita boleh fikirkan alternatif lain yang lebih baik.

    ReplyDelete
  3. Takpa dayah, teruskan usaha dan percaya bahawa dayah boleh. btw macam mana kerja little caliph tu dayah? budak2 dia susah nak handle ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syed =) mula-mula tu tak tahu lagi nak handle budak-budak ni, tapi sekarang, alhamdulillah, dah ok sikit =)

      Delete
  4. Hi adkdayah.. Positifkan diri hari2 memang bagus. Nak nampak muda selalu kena senyum.. Nk senyum yg ikhkas krna positifkan diri. insya allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sya allah, akan terus tersenyum =) nak awet muda macam pcl..hehe

      Delete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum