Petua hilangkan pening kepala

February 22, 2017

POKOK LIDAH BUAYA


Assalamualaikum,

Dayah selalu sangat pening kepala, bukan sakit kepala tau. Mungkin bagi setengah orang, sakit dan pening itu adalah benda yang sama. Tapi bagi dayah pula, tak sama, sebab kalau pening kepala, dayah tak sakit berdenyut-denyut dekat kepala, tapi terasa macam duduk atas bot, memusing ja dunia ni, penglihatan jadi kabur dan tak puas melihat, manakala sakit kepala pula, terasa kepala ni berdenyut-denyut sampai kadang tu, rasa nak termuntah dan macam-macam lagi la. Dayah tak selalu sakit kepala, tapi kalau sakit kepala, tengah malam tengah duk sedap tidur pun boleh terjaga sebab berdenyut sangat. 

petua hilangkan pening kepala, pokok lidah buaya, cara hilangkan sakit kepala
image daripada google image

PETUA HILANGKAN PENING KEPALA

Oleh itu, dayah nak kongsi sedikit petua yang dayah selalu amalkan apabila pening kepala. Ya la, dah kerap sangat pening, jadi mak dayah pun selalu la buat benda ni dekat dayah. Petua orang dulu-dulu katanya. Gunakan lendir daun lidah buaya untuk hilangkan pening kepala. Terjadinya pening kepala disebabkan panas yang melampau. Jadi, untuk kurangkan panas dalam kepala tu, dayah gunakan lendir daun lidah buaya.

Caranya mudah saja, ambil daun lidah buaya dalam 3/4 batang kemudian buang duri tepi-tepi ia. Kemudian basuh bersih dan potong jadikan kecil-kecil. Tak payah buang kulit yer, biarkan jer macam tu. Selepas hiris kecil-kecil, simpan dalam peti ais kasi sejuk dalam 10 minit. Dayah selalu letak dekat tempat beku tu, cepat sikit sejuk, haha.. Lepas tu, dah rasa macam sejuk sikit, terus ramas daun tadi kasi lendir-lendir ia keluar. Lendir tu la letak dekat kulit kepala kita, rasa sejuk sedap jer.

Dayah selalu suruh mak jer letakkan, boleh layan-layan perasaan sampai tertidur. haha Bila terjaga tu, kurang la sikit pening kepala tu, jangan basuh tau, biarkan jer seharian macam tu. Sebab tu, sebelum buat, lebih baik mandi dulu. Nanti takut tak termandi mula kan, haha

Sehari tu buat la dalam 2x. In sha ALLAH pening kepala tu akan berkurang. Itu adalah salah satu petua yang dayah guna la. Sekarang pun tengah pakai lendir lidah buaya sambil menaip entri ni. hehe

Selamat mencuba yer semua, semoga entri ini bermanfaat kepada sesiapa saja yang membacanya. Jumpa lagi di entri seterusnya dengan keadaan sihat sejahtera. Amin.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

6 comments

  1. Buat macam syampoo lah kan... petua yang bagus, boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, macam masker rambut, biarkan jer bagi lama-lama atas kepala =)

      Delete
  2. nak belaja bahasa arab

    ReplyDelete
  3. nice sharing. Kak Lea dtg BW sini dari family AFB... Sori lambat follow blog dayah..

    ReplyDelete
  4. petua baru ni..sblm ni hana dpata petua guna alor vera ni tuk anak sakit kuning...letakkan didahi baby...so panas badan dapat turun...jadi kuning or jundise pun dapat la berkurangan gak...

    http://healthandlovekids.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Terima kasih dayah atas petua yang berguna. Suka je dengan kaedah semulajadi ni

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum