Tidak perlu fikirkan masa depan, hanya fikirkan....

February 13, 2017

DUGAAN ALLAH


Assalamualaikum,

Selamat pagi semua, selamat memulakan kerja di pagi hari isnin. Hehe, seronokkan kalau jadi kecik balik. Sebab zaman kecik-kecik tak payah susah-susah nak fikir pelbagai masalah, tak payah fikirkan pasal duit, fikirkan macam mana nak teruskan kehidupan dalam zaman moden yang menggunakan pelbagai kudrat dan juga tenaga. Tambah-tambah dengan penggunaan duit zaman sekarang yang macam pili air lagi, asal buka jer, laju jer air tu mengalir. Macam tu juga dengan duit, asal buka beg dompet, mesti laju jer duit tu keluar.
dugaan allah, dugaan, sabar, kuat, tabah
google image

Seronok jadi budak kecik, tak payah fikir masalah, main sampai puas dan sampai letih. Lapar jer, balik rumah dan makan. Masalah diorang, diorang hanya akan fikir nak balik rumah pukul berapa, sebab takut mak dekat rumah bising. Itu jer masalah diorang, bahagia jer. Budak kecik tak payah susah fikir nak menghadap jem, masalah di tempat kerja, maslah kewangan dirumah, masalah dan masalah. Pelbagai masalah yang datang selagi umur kita bertambah. Tapi percayalah bahawa, suatu hari nanti pasti kita akan rindu saat kita berada sekarang, kerana dimana kita berada, masalah tetap ada tetapi kemanisan disetiap tempat itu juga ada. Percayalah!

Sementara nak menghadapi semua ini, sempat lagi kita merungut, kenapa kita merungut sedangkan ini dugaan yang ALLAH bagi kepada kita, dayah tak pernah cakap yang dayah sempurna, dayah sekarang pun tengah berusaha untuk menerima dugaan yang datang kepada dayah. ALLAH jer yang faham dugaan yang dayah terima ini. Kita sama-sama yakin dengan ketentuan ILAHI. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita.

Allah uji kita kerana ALLAH rindukan rintihan kita padaNYA. Kita duduk sekejap dan fikirkan, bila masa terakhir kita mengadu padaNYA? ALLAH rindu hambanya, sebab tu ALLAH hantarkan dugaan untuk kita kembali mengingatinya. Setiap orang dimuka bumi menghadapi masalah, setiap maslah yang diuji kepada hambaNYA adalah mengikutkan kemampuan masing-masing kerana ALLAH lebih megetahui hambaNYA.

Jadi marilah kita berdoa dan terus berdoa, cukuplah merungut dengan dugaan ini, tapi cuba kita menghadapinya dengan penuh tabah. YA ALLAH! Berilah kekuatan kepada kami semua, semoga hidup ini dipermudahkan di dunia dan di akhirat. Aminn


barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

2 comments

  1. Kadang2 bila kita ditimpa musibah baru kita ingat padaNya...

    ReplyDelete
  2. semoga kita sama2 harungi semuanya dengan tabah. hmm rindu zaman kecik tapi kita kena la hadap realiti.

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum