Betul ke 'WANITA' kaki drama Korea?

February 21, 2017

DRAMA KOREA

Assalamualaikum,

Kalau sebut Korea jer mesti ramai yang minat kan? ke dayah seorang jer yang perasan macam tu..haha. Siapa yang kaki drama korea mesti geng dengan dayah. Drama yang pertama dayah layan Jewel in the Palace, masa tu dayah sekolah rendah, maksudnya dah banyak tahun la kan. Macam-macam drama yang dayah layan, tapi yang paling dekat dengan hati adalah drama korea yang berunsurkan fantasi dan drama yang ada ilmu yang dayah boleh ambil, maksudnya drama  yang perlukan kita fikir dalam setiap episod



Hari tu, ada kawan dayah yang hantar whatsapp dekat dayah, gambar diatas. Memang jenuh gelak la, senget bebenor kawan dayah. Ingatkan seorang jer, pastu ada pula yang tag dayah dekat facebook. Adoi..nampak sangat seketul adkdayah ni kaki drama korea. 

Tapi kan, artis korea yang fevret tu tak ada la kwang soo dalam Running Man tu. Dayah minat lakonan Ji Chang Wook, Lee Seungi dan ramai lagi. Diorang punya lakonan tu memang superb la dayah cakap. Kalau drama pula dayah minat drama yang macam detektif, doktor dan cerita tradisional. Memang mencabar otak nak kena faham term diorang.

Sekurang-kurangnya drama diorang ada juga la input daripada cerita cinta jer kan..huhu, dayah tak cakap drama melayu tak bagus, ada jer drama yang bagi input bagus, tapi kan bagus kalau wujudkan drama yang macam cerita Dr Stranger tu, tunjuk macam mana seorang doktor cuba menyelamatkan pesakit dia. Haa.. sekurang-kurangnya kita faham kerja doktor ni bukan mudah.

Banyak lagi contoh, tapi dayah rasa baik dayah berhenti dekat sini jer, lagi banyak dayah taip lagi banyak dayah bebel. haha, ok la semua..jumpa lagi di entri seterusnya dengan keadaan sihat sejahtera.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

7 comments

  1. 80% pompuan yang boleh layan online adalah peminat Korea... dan macam yang dayah dah tau, citer tu juga merupakan Kdrama pertama yang sis tengok, tahun 2003 tayangan jam 8.30pm di 8tv, sis ingat lagi smpai skrg.

    Cerita yang sis paling suka dr dulu kini dan akan layan semula bila2 masa yang sis suka ialah Oh!my lady, Queen In Hyun's Man, Playfull Kiss, Goong dan Something about 1%. Lain2 ada lagi tapi utk tengok dua kali mungkin malas kot.. kiki.. boleh di katakan semua hero korea sis suka sbb diaorg mmg pandai berlakon cuma kalau heroin sis paling minat tengok Park Se Young.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..best juga cerita-cerita tu, hehe

      Delete
  2. Kak Sally pun skrg suka tgk cte thriller dengan zaman lama-lama dulu..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat kan? rasa macam ada feel dalam cerita tu..heheh

      Delete
  3. Drama saya kurang sikit, tapi saya gila korean variety show... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. variety show, dayah layan juga, time rasa macam tak nak tengok drama,,hehe

      Delete
  4. Pakcik tak pernah tonton drama Korea ni.
    Kalau Running Man tu sekali2 ada juga tenguk sebab anak pakcik minat.

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum