Double Wear Cushion BB All Day Wear Liquid Compact

February 24, 2017

ESTEE LAUDER

Assalamualaikum,

Siapa yang dekat sini suka pakai BB Cushion yang artis korea suka pakai tu? Dayah baru nak berjinak dengan BB Cushion ni, sebab sepupu dayah pernah beli dan pakai, cantik jer dayah tengok, jadi dayah pun tertarik nak cari BB Cushion. Antara sebab dayah tertarik nak pakai BB Cushion sebab tak payah nak tempek foundation tebal-tebal dah, pakai BB Cushion pun sudah cukup. Dalam tengah mencari BB Cushion, rezeki dayah dapat cuba produk Estee Lauder daripada Sephora. Apa lagi, dayah terus google dan cari produk Estee Lauder yang terbaik dan review yang orang buat,kebanyakkan syor pakai Double Wear Cushion BB All Day Wear Liquid Compact.
 

Double Wear Cushion BB All Day Wear Liquid Compact


Double Wear Cushion BB All Day Wear Liquid Compact ini merupakan BB Cushion, sejenis macam foundation cecair yang mana ia bertahan sepanjang hari. Ia didatangkan standard BB Cushion yang ada dipasaran. Selain itu juga, ia didatangkan dengan penutup kedap udara yang menutup BB Cushion yang ada didalam itu dan juga span asas untuk kegunaan kita.

Masa mula-mula dapat tu, memang teruja la nak pakai, sebab memang dah teringin daripada hari yang dayah tengok sepupu dayah pakai tu. Hehe. Kotak dia warna biru dan BB Cushion dia pula berbekas bulat yang berwarna hitam. Daripada hasil yang dayah baca review dekat google, diorang memang cadangkan sangat la Double Wear Cushion BB All Day Wear Liquid Compact ni. Makin bertambah keinginan nak cuba la.
 
bahan-bahan yang ada dalam Double Wear Cushion BB All Day Wear Liquid Compact

Diformulakan dengan ekstrak buah-buahan, Double Wear Cushion BB All Day Wear Liquid Compact membantu untuk mengurangkan garis-garis halus dengan menyediakan rangsangan penghidratan yang segera untuk kulit. Pada masa yang sama, ekstrak sejuk air daripada rumpai laut membantu untuk mengimbangi pengeluaran minyak semula jadi kulit untuk mengawal sebum berlebihan dan wajah yang berkilau. Ia juga mengandungi alga merah dan tourmaline untuk memberi muka yang bersinar dan berseri. Gambar dekat atas tu bahan-bahan yang digunakan untuk dijadikan Double Wear Cushion BB All Day Wear Liquid Compact.


Gambar diatas ada tunjuk penutup yang terbuka tu kan? Haa,,itu la penutup kedap udara yang menutup BB Cushion yang dalam tu, dan itu pula span yang untuk kita guna, penutup tadi apabila kita tutup, kita boleh letak span tadi atas tu, mudah..tak ada la, span tu kotor kalau kita letak terus atas BB Cushion tu, jadi penutup tu dah jadi penghalang span itu melekap atas BB Cushion.
tanpa cahaya kamera

pencahayaan daripada kamera

Double Wear Cushion BB All Day Wear Liquid Compact dikeluarkan dengan 5 warna- Bone, Sand, Cool Vanilla, Warm Vanilla, and Tawny. Gambar diatas ni pula, dayah telahpilih Sand, pada mulanya kan, dayah rasa macam tersilap pilih, sebab rasa macam gelap bila dayah cuba pakai. Tapi lepas tu kan, dayah cuba minta pendapat mak dayah, mak dayah cakap ok jer, nampak muka lembut jer macam tak pakai bedak yang over. Jadi maknanya, Double Wear Cushion BB All Day Wear Liquid Compact ni memang ringan sangat la bila kita pakai. Kalau rasa macam nak tebal, kita just double kan jer la. Dayah lebih suka pakai simple jer, jadi kesannya macam dalam gambar dibawah ni

kiri gambar edit, kanan pula tanpa edit.
Tak nampak macam over sangat pakai bedak tu kan? Serious dayah cakap, dayah pakai ni, rasa macam tak pakai apa-apa. Pakai pun tak rasa berminyak sangat , kenapa dayah cakap tak berminyak sangat? Sebab bila dayah test dekat tisu yang kedap minyak tu, tak banyak pun keluar dekat T zone, jadi sangat sesuai la untuk dayah. Liang roma kita pun tertutup rapi, kiranya dia tutup banyak juga la dengan sekali pakai. Jimat duit tak payah beli concealer dengan foundation. Haha

Jadi kepada peminat produk Estee Lauder dan BB Cushion, boleh la cari dekat SINI



Anda Juga Mungkin Meminati

11 comments

  1. tak pernah pakai . tgk dayah pakai macam okey pulak . nak try la nanti . TQ info dayah ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try kak mya, baru tahu keseronokkan memakainya..hehe

      Delete
  2. Samalah bb cushion kita. Best pakai nih.

    ReplyDelete
  3. memang best pakai bb cushion. pakai ni je pun dah cukup. boleh jimat lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..jimat tu yang penting..hehe

      Delete
  4. cantik dan menjimatkan. boleh try nnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try ka..rasa ringan jer muka..hehe

      Delete
  5. KG pernah pakai bb cushion iope,naked dengan ...arghhh tak ingat tp memang best aje. nt nak try este lauder jugak la

    ReplyDelete
  6. Mula-mula baca tajuk saya ingat Cushion Sofa tu... hehe... Kusion, lenih kurang macam tu lah bunyinya... kalau serasi dengan muka, boleh teruskan lah....

    ReplyDelete
  7. best pakai BB cushion. Tak payah pakai foundation pun takpe. make up yang ringkas dan nampak natural.

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum