D.I.Y : Model paru-paru untuk anak belajar

February 20, 2017

MODEL PARU-PARU


Assalamualaikum,

Sejak dayah bekerja di Little Caliph ni, dayah dapat banyak timba banyak ilmu, antaranya ilmu menjadi kreatif. Kenapa dayah cakap kreatif? sebabnya di Little Caliph, akan ada subjek Little Scientist dimana pada setiap hari khamis, pelajar akan disediakan bahan untuk dibuat ekperimen. Macam minggu lepas punya eksperimen adalah model paru-paru. Model paru-paru ini dibuat untuk menunjukkan kepada pelajar bahawa Allah telah mencipta paru-paru untuk kita bernafas. Topik untuk minggu lepasa adalah benda hidup dan benda tidak hidup. Maka terhasillah model paru-paru ini.

model paru-paru, diy untuk anak-anak belajar, cara buat model paru-paru guna balon
model paru-paru

CARA UNTUK BUAT MODEL PARU-PARU


Senang jer nak buat model paru-paru ni. Dayah pada mulanya macam cuak juga,benda kita tak pernah buat, tapi kena ajar budak-budak. Lepas tu, dayah kaji dan tengok balik apa yang perlu dayah terangkan, akhirnya dayah dapat jalan yang mudah. Sebenarnya mudah jer untuk buat model paru-paru.

Kita hanya perlu sediakan botol yang dipotong setengah macam dalam gambar diatas, dan 2 belon. satu balon letak dekat mulut botol dan sat lagi pula, kita potong setengah dan masukkan di bawah botol macam dalam gambar dekat atas tu. 

EKSPERIMEN PARU-PARU MENGEMBANG DAN MENGUNCUP

Eksperimen dia senang jer, apabila kita tarik balon yang dibawah tu, balon diatas akan menjadi menguncup manakala apabila kita tekan keatas balon dibawah tu, balon yang diatas akan menajdi mengembang. Disitu kita dapat liha paru-paru kita mengembang dan menguncup saat kita bernafas. Mudah dan senang jer kan? pelajar yang berumur 6 tahun pun dapat memahaminya. Sempoi jer , seronok pun ada apabila tengok balon tu kuncup dan kembang. haha

Teacher yang terlebih seronok. hahaha. Tak apa kan? haha ok la semua, itu jer dayah nak kongsi, nanti dayah kongsikan eksperimen lain pul yer. Semoga jumpa lagi di entri seterusnya dalam keadaan sihat sejahtera. 

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

3 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum