Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan kepujian

December 02, 2016

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan kepujian


Assalamualaikum, hari ini nak cerita tentang kos yang dayah ambil dekat USIM. Kos Bahasa Arab dan Komunikasi, kepada sesiapa yang belum tahu tu, dayah nak cerita sikit, sebenarnya, Bahasa arab dan komunikasi tu diasingkan, jadi dayah belajar double daripada kos lain yang tak ada perkataan ‘dan’ ditengah-tengah Bahasa arab dan komunikasi tu. Kepada adik-adik yang nak masuk university dan sedang atau tengah mencari kos apa yang sesuai dengan korang, dayah cadangkan korang kaji dan tahu serba sedikit tentang kos yang korang nak ambil tu.

usim, ijazah sarjana muda bahasa arab dan komunikasi, fpbu usim

SUBJEK BAHASA ARAB


Kalau dayah pula, memang cadang nak ambil kos Bahasa arab. Masa isi upu terus isi Bahasa arab tanpa fikir banyak, lepas tu, bila dapat masuk USIM. Baru tahu Bahasa arab dan komunikasi ni bukan macam subjek Bahasa arab komunikasi masa kita belajar di sekolah menengah. Rupanya, Bahasa arab dan komunikasi adalah 2 subjek yang berbeza dan lain teramat lain. Maksud dayah dekat sini, umpama kita ada dua kos yang perlu kita ambil serentak, bayangkan selama 4 tahun dayah dekat USIM, dayah ulang alik 2 fakulti. Satu untuk belajar Bahasa arab dan satu lagi pula untuk belajar komunikasi.

SUBJEK KOMUNIKASI


Okey, berbalik kepada kos Bahasa arab dan komunikasi. Meh dayah kupas sikit apa yang dayah belajar. kalau dekat USIM, kita akan rasa serba sedikit subjek budak kos lain ambil. Contohnya, kalau budak syariah belajar undang-undang, kita akan ambil sedikit basic undang-undang dalam satu semester. Tapi semua subjek diorang kita akan belajar yang basic jer la. Subjek subjek tu biasa la macam biasa. Dalam kos Bahasa arab dan komunikasi pula, kita akan belajar Bahasa arab dan cabang-cabang Bahasa arab macam nahu, sorof dan seangkatanya. Best sangat tambah-tambah pula lecturer memang sporting habis.

Untuk komunikasi pula, kita akan belajar basic komunikasi lepas tu, masuk semester 3 jer, kita ambil subjek yang banyak kearah journalism…ala macam berlatih untuk jadi wartawan la, banyak main dengan penulisan. Sebab komunikasi terbahagi kepada journalism dan broadcast. Kalau ikut dayah, memang dayah minat dengan broadcast sebab boleh main dengan camera dan lebih kearah tv, radio dan kawan-kawannya. Tapi disebabkan tak ada pilihan, jadi kena ambil journalism. Tapi okey jer sebab dayah pun minat menulis cuma satu jer la yang tekanan sikit. Dayah tak pandai guna Bahasa robot. Lecturer dayah selalu cakap, kalau nak tulis berita, kena tulis macam kita ni robot, “no feeling in your writing.” Oleh itu jadi tekanan kepada dayah, sebab dayah blogger, dayah menulis dengan perasaan. Macam mana nak tulis macam taka da perasaan dalam ayat? Haha

Sebab tu dayah tak layak untuk jadi wartawan kot, haha..tapi sepanjang dayah ambil subjek penulisan wartawan, dayah dapat banyak belajar tentang dunia wartawan. Macam mana nak cari berita, macam mana nak tulis berita di surat khabar dengan cara yang betul. Yang paling penting jangan sesekali tulis tabloid (berita yang ditulis macam nak gempak, pada hal indah khabar daripada rupa) dayah tak nak bagi tahu surat khabar apa yang tabloid, cukup sekadar dayah belajar dan ambil tauladan untuk tulis berita dengan lebih baik…cukup sekadar itu.

Rasanya setakat itu saja untuk hari ini, kepada sesiapa yang nak tanya tentang kos Bahasa arab dan komunikasi di USIM, boleh la tanya dayah. In sha Allah, dayah akan jawab setakat dayah mampu. Semoga berjumpa lagi di next entry.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

4 comments

  1. assalam , saya aina dari kedah jgak .. boleh mintak nombor fon wsap utk pertanyaan lebih lanjut tentang kos ni.. please

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..bole tnggalkan no fon disini, nanti dayah wase;p =)

      Delete
  2. Salam, saya nabilah dari kedah jugak, boleh kak wassap saya no ni 0174744895,saya nak tanya something pasal course ni

    ReplyDelete
  3. Salam kak, wassap saya kak no ni 0174744895

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum