Kisah Hidup di Universiti Sains Islam Malaysia

December 03, 2016

Universiti Sains Islam Malaysia

Bba 6 FPBU USIM


kalau orang tanya “kenapa kelas last? Kenapa? Sebab tak pandai ke? Sebab tu kelas last” satu jer cek nak cakap, kelas masa batch 2012/2013 FPBU masa tu hanya ada enam kelas dan di takdirkan matrik cek pula dekat dengan matrik orang terakhir, maka cek kelas last. Kelas di university ni ikut angka kad matrik, bukan ikut angka grad spm atau stam.. dan lagi satu cek nak bagi tahu, kebanyakkan dekan datang dari kelas cek tau, so shut your mouth and sit down watch deeply.

universiti sains islam malaysia, fakulti pengajian bahasa utama, fpbu, usim, bahasa arab dan komunikasi
budak-budak kelas yang sangat comel dengan ragam masing-masing..will miss you all =)


universiti sains islam malaysia, fakulti pengajian bahasa utama, fpbu, usim, bahasa arab dan komunikasi
masa ni exam speaking mandarin =)

Dayah tak pernah rasa pun kelas dayah ni yang tercorot walaupun selalu sangat dipandang macam tu. Tapi kan kalau korang nak tahu, kelas dayah antara yang tak ada masalah lelaki dan perempuan, tak ada masalah berpuak-puak atau masalah dalaman lain..setakat kami bersama 4 tahun, Alhamdulillah, diorang sangat-sangat sempoi dan boleh bawa berkawan.
universiti sains islam malaysia, fakulti pengajian bahasa utama, fpbu, usim, bahasa arab dan komunikasi
dengan ustazah sajidah kalau tak silap nama beliau
Nak cerita sikit masa kelas pertama dalam kelas bba 6, comel! Tu jer yang dayah boleh cakap, sebab asalnya masa semester pertama dayah dengan 5 orang lagi jer yang asal bba 6, yang selebihnya, diorang daripada kelas atas. Macam mana boleh masuk kelas bba 6? Sebab semester pertama, diorang masukkan kitorang tanpa kira matrik tapi lepas semester kedua, baru la kira matrik jadi terdamparlah semua yang asalnya kelas lain masuk kelas bba 6. Kenapa dayah kata comel? Sebab semuanya nak menang dan banggakan kelas masing-masing. Semua tak boleh nak terima hakikat dipisahkan dengan kelas awal. Dalam masa yang sama belajar redha untuk masuk dan duduk bersama-sama dan akhirnya kami bertahan sampai akhir semester. =)

universiti sains islam malaysia, fakulti pengajian bahasa utama, fpbu, usim, bahasa arab dan komunikasi
Rehlah bersama bacth FPBU
Ingat lagi masa pertama kali buat makan-makan dekat Port Dickson..yang lelaki bawa motor yang perempuan sewa kereta. Walaupun yang perempuan sewa kereta, duit sewa, minyak semua tu bahagi sama rata. Hargai sangat dengan usaha budak-budak ni untuk jayakan perkelahan..tapi tu la, yang kali kedua dayah tak dapat join sebab kerja, jadi dayah tak ada dekat Nilai. Rindu pula saat bakar ayam, saat handphone jatuh dalam air sebab teruja duk selfie tak habis-habis..hahaha

Macam-macam yang dayah lalui dengan kawan sekelas, bila dah masuk dunia praktikal, semua dah bawa haluan masing-masing walaupun masih lagi berhubung melalui group whatsapp tapi tak sama dengan duduk didalam kelas dan sakat menyakat macam selalu. Bila struggle dengan tempat praktikal, terus rasa rindu yang sangat-sangat dengan assignment yang banyak…walaupun banyak tapi tak sakit hati seperti mana praktikal sebabnya assignment ni kita berdepan dengan diri sendiri tapi di tempat praktikal, kita kena hadapi dengan pelbagai orang dan pelbagai ragam. Walaupun macam tu, kita masih lagi habiskan praktikal dengan jayanya, betul tak korang? Bangga sekejap..haha

universiti sains islam malaysia, fakulti pengajian bahasa utama, fpbu, usim, bahasa arab dan komunikasi
bersama vespa abam fizan legend tu vespa ni..hehe
Serious dayah cakap, dayah bukan seorang yang sentimental yang boleh ucap kata rindu, sayang  dengan kata-kata..dayah hanya mampu menaip segala apa yang rasa terbuku dalam hati sepanjang kami berada bersama. Tapi sekarang dayah seriously rindu dengan budak-budak kelas bba 6. Rasa rindu nak mengusik, nak debat dengan hujah tajuk-tajuk yang kadang tu sudah terang lagi bersuluh yang korang betul, tapi ni kan hidayah aka adkdayah..mana pernah rasa nak kalah, mana pernah rasa dia salah..still betulkan dia sentiasa..tapi kalau korang nak tahu, I know about that but I’m still happy to tease you all because I know I will miss you all damn much like hell.
universiti sains islam malaysia, fakulti pengajian bahasa utama, fpbu, usim, bahasa arab dan komunikasi
masa ni tahun berapa tak ingat tapi yang pasti bebudak lagi..heee
Walaupun dimana kita berada dan dimana pun kita bernafas, dayah harap sangat yang didalam hati kita masih ingat saat-saat kita bersama selama 4 tahun di bumi USIM. Sayang korang ketat-ketat lillhitaala =)

p/s : Bba 6 : kelas ke-6 daripada 6 kelas didalam fakulti pengajian Bahasa utama batch 2012/2013
FPBU : Fakulti Pengajian Bahasa Utama
USIM : Universiti Sains Islam Malaysia

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

0 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum