Sahabat baik bukan kekasih hati

December 01, 2016

Sahabat baik bukan kekasih hati


Assalamualaikum,



Korang pernah tak mempunyai seorang atau lebih sahabat baik berlainan jantina, boleh dikatakan segala macam hal yang terjadi dalam dunia korang, korang akan kongsi dengan sahabat baik korang ni. Pernah wujud tak dalam hidup korang seorang sahabat baik bukan kekasih hati. Sebab apa dayah kata sahabat baik bukan kekasih hati, sebabnya selalu kita dengar kisah-kisah orang, sahabat baik akhirnya menjadi kekasih hati dan berakhir dengan perkahwinan. Sebab tu dayah kata, shaabat baik bukan kekasih hati. Korang boleh bersahabat dengan dia, tapi bukan kekasih hati.


Dayah ada ke sahabat baik bukan kekasih hati? Ya, dayah ada seorang. Seorang yang sangat memahami dayah luar dalam tanpa perlu dayah cerita, dia akan mengetahui melalui cara dayah dan segalanya dia tahu. Pernah ada hati ke dengan sahabat baik sendiri? Tak pernah! Ikhlas dayah cakap dayah tak pernah ada hati dengan dia, tipu kalau dayah cakap dayah tak sayang, mesti lah dayah sayang dia.  Siapa sahabat baik dayah tu? Sahabat baik dayah tu merangkap sepupu yang paling rapat dengan dayah. Sepupu yang selalu bermain bersama waktu kecil-kecil dulu, pergi sekolah dari darhaj satu sampai ke tingkatan 5. Naik tingkatan 6 terpisah sebab dayah ambil STAM, dia pula pergi Jordan.
Sahabat baik bukan kekasih hati, sahabat baik, kekasih hati, sahabat dari kecik
cer teka yang mana satu sahabat baik bukan kekasih hati dayah =D
Tak pernah terpisah daripada kecik, sebab mak dayah yang jaga dia waktu mak dia kerja. Ingat lagi masa sekolah menengah, dayah duduk asrama, budak-budak tingkatan 1 syang tak kenal dengan kitorang selalu salah anggap yang dayah ni awek sepupu dayah. Haha gelak besar dayah masa tu. Kisah percintaan dia semua dalam simpanan dayah. Dayah diamkan sampai sekarang. Sekarang dia pun dah berkahwin. Dayah harap sangat isteri dia tak fikir bukan-bukan. Dia kena ingat, dayah anggap sepupu dayah tu sahabat baik yang sangat rapat dan seorang adik kepada dayah. Tiada lebih atau pu kurang. Setakat itu sahaja.

Kalau nak suruh lupakan persahabatan kami, NO !!TIDAK !!ANDWAE!!BUSHI!! Tidak boleh sama sekali, hubungan kami bukan setakat berkawan baik tetapi mempunyai hubungan darah. Hubungan yang sesiapa pun tak boleh nafikan. Naik motor panas dan hujan sesama waktu sekolah rendah dulu, mak dayah yang ulang alik hantar dan ambik waktu tusyen. Semua kami buat sama-sama. Sampai dia pergi ke Jordan, hubungan kami masih lagi rapat dan sampai sekarang.

Waktu dia nak perkenalkan isteri dia yang sekarang pun, dia perkenalkan dekat dayah dulu sebelum balik dan tunjuk dekat ahli keluarga dia. Waktu kecik dulu kan, dayah ingat lagi buat karangan Bahasa melayu, masa tu tahun 4..karangan yang bertajuk “kawan karib saya” siapa lagi kalau bukan sahabat baik dayah seorang tu. Haha cikgu dekat sekolah semuanya kenal dengan persahabatan kami. Dekat sekolah bukan dayah dengan dia jer yang saudara, ramai lagi yang bersaudara macam dayah, tapi hubungan kami lain daripada orang lain sebab kami terlalu rapat sehinggakan segalanya kami tahu. 

Mungkin disebabkan faktor keluarga. Keluarga dayah dengan keluarga dia memang rapat sangat.
Mak dayah dengan mak dia adik-beradik perempuan tunggal, yang lain lelaki. Sebab tu mak dayah rapat dengan mak dia. Lagi pula, mak dayah yang jaga mak dia masa dulu-dulu sebab mak dayah kakak, dan arwah tok dah tak ada.

Jadi kalau orang tanya, ada ke sahabat baik yang bukan kekasih hati? Yer ada. Dayah la tu. Hehe dia sahabat dan juga sepupu yang paling rapat. Dayah harap sangat dia berbahagia bersama isteri tersayang dan bakal khalifah yang akan lahir nanti =) love both of you. Semoga hubungan korang kekal hingga ke syurga.
barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

1 comments

  1. Tu dh kira macam adik beradik bukan sahabat baik.
    Kalau ada sahabat baik lain jantina yang bukan kekasih hati,
    sukar untuk kita dapat kekasih hati yang memahami situasi itu.

    Bagi pakcik, sahabat pakcik yang paling rapat ialah is3 pakcik

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum