Ingatlah wahai insan bernama PEREMPUAN

February 04, 2017

NASIHAT UNTUK PEREMPUAN

Assalamualaikum,

Perasaan sayu yang tetiba datang menyingkap ditirai hati..kenapa? Perempuan selalu dikaitkan dengan perasaan sayu dan hiba yang mudah hinggap di sanubari..betul? Sebab perempuan yang selalu dikaitkan dengan perasaan ni kerana perempuan mempunyai hati yang lembut,yang mudah menangis dengan sesuatu yang membolehkan mutiara matanya jatuh..mengapa?
Image result for nasihat untuk perempuan
gambar daripada google image

Kerana perempuan seorang yang kuat..seorang yang tidak akan menunjukkan kelemahannya dengan sewenangnya..oleh itu, perempuan akan menangis apabila sesuatu yang mengusik hatinya..tapi ingatlah wahai perempuan air mata kita bukan untuk ditumpahkan semata-mata sebab dan musabab yang tidak bermanfaat, yang tidak mendatangkan faedah kepada diri kita dan keluarga kita..jatuhkan mutiara matamu disaat berada di dalam sujud..tika kita bermohon kepada yang satu tiada dua tiada yang berkuasa melainkan ALLAH.

Wahai perempuan..ingatlah hatimu itu mudah tergoda,mudah jatuh tetapi yakinlah dengan yang mencipta kita..bahawa DIA akan menjaga kita tetapi dengan syarat kita mengikut segala panduan hidup yang telah ditetapkan olehNYA..maka bahagialah hidupmu..yakinlah ALLAH berada dimana saja kita berada.

Perempuan!! Ya sama dengan diriku..pesanan ini datang untuk memperingati hatiku dan hati kalian semua agar jangan mudah rapuh dengan dugaan dunia. Dunia yang merupakan pinjaman kepada kita untuk mencari harta yang akan dibawa pada hari perhitungan nanti..wahai bunga2 sekalian mekarlah dirimu seperti mana mekarnya dirimu dikala lahir..jangan biarkan ia terkulai disaat kita masih lagi berada di dalam dunia yang banyak tipu muslihat ini.. inginku melangkah kaki ke taman syurga bersama-sama kalian semua..dan bimbing lah diriku jua untuk melangkah bersama2 kalian..

Kepada yang terlajak..kamu masih mempunyai peluang saying..kerana pintu taubat ALLAH itu terbuka luas untuk kita..mohonlah kepada yang maha berkuasa..sesungguhnya DIA maha pengasih lagi maha penyayang dan maha pengampun..

Ya Allah..Ya tuhan kami..

Kau ampunkanlah segala dosa kedua orang tua kami,
Kau ampunkanlah segala dosa-dosa kami dimana sedar mahu pun yang tidak sedar kami lakukan,
Kau berikanlah kepada kami kekuatan agar tidak mudah goyang dengan dugaan dunia.. 
Kau selamatkanlah kami dari tipu muslihat dunia yang boleh memesongkan hati kami.. 
Kau peliharalah hati kami agar tidak mudah rapuh dengan hati sang pujangga yang bukan mahram.. 
Kepadamu kami bermohon dan kepada mu jua kami kembali..
amin ya rabbal a’lamin..

barakALLAHufikum 



Anda Juga Mungkin Meminati

2 comments

  1. Wkmsalam.
    Semuga sentiasa mendapat hidayah dan perlindunganNya.
    Aamiin.

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum