Hari ketiga bercuti di Pantai Merdeka

February 05, 2017

PANTAI MERDEKA


Assalamualaikum,

Sebelum-sebelum ni, dayah ada cerita tentang hari pertama dan hari kedua di Pantai Merdeka. Jadi, hari ini, dayah nak cerita tentang hari ketiga pula. Sebenarnya hari ketiga ni tak banyak yang dapat dayah cerita sebab tengah hari kami dah pakat nak balik. Al-maklumlah check out pukul 12.30. Sebelum nak check out tu, pagi-pagi lagi dayah dengan anak buah dayah pergi kolam renang. Haha, hilangkan gian katanya. Mak dayah cakap, pagi-pagi buta dah turun mandi kolam, tak sejuk ka hampa semua ni. haha

Sebenarnya, rancangan asalnya, kakak ipar dayah yang nak turun mandi pagi-pagi buta tu sebab diorang tak ada kesempatan nak mandi kolam selam kami duduk di chalet pantai merdeka disebabkan anak-anak kecil semuanya, dayah dengan anak buah yang turun dulu. haha. Nasib sempat juga diorang nak turun mandi dekat kolam renang sebab mak dayah tawar diri untuk jaga anak diorang. Untunglah dapat mak mertua macam mak dayah. huhu

Lepas mandi, hujan mula turun, kami tetap setia dalam kolam walaupun kakak dengan abang dayah dah minta dayah naik, haha. Lepas naik tu, terus mandi dan siap-siap barang dan makan tengah hari. Kemudian sebelum check out, macam biasa, kami pastikan chalet akan bersih daripada sampah dan kembalikan chalet sepertimana kami terima semasa check in.



Sebelum balik, seperti biasa..ambil gambar bersama-sama untuk kenangan di masa akan datang. Dayah harap sangat suatu hari nanti akan ada lagi percutian keluarga seperti ini. Kami dapat mengeratkan silaturrahim sesama adik-beradik.

ok la semua, jumpa lagi nanti di entri seterusnya dengan keadaan sihat walafiat. Amin ☺


barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

8 comments

  1. Bagus kalau semua ahli keluarga dapat berkumpul macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul, bahagia jer rasa =)

      Delete
  2. wahhhh.. bestnyeee.. bila lah Nurul dapat pergi sana.. memang addicted dengan pantai :D

    Nurul follow sini ye :)
    http://www.syahirahvaliant.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi cepat-cepat..hehe terima kasih sebab follow dayah =)

      Delete
  3. memang best kan mandi pantai <3

    jom join sini dayah. ai tag u http://www.sayidahnapisah.com/2017/02/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html

    ReplyDelete
  4. Woah, sporting sporting semuanya :D
    New Update: Random ft SPM result countdown.

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum