TOURETTE SINDROM | PENYAKIT MENTAL?

July 11, 2015

TOURETTE SINDROM

TOURETTE SINDROM | PENYAKIT MENTAL?


Assalamualaikum semua, kepada peminat drama korea yang tegar, korang pernah tengok drama its okey its love tak? yang Lee kwang soo Running Man berlakon tu. kalau belum tengok, pergi tengok cepat-cepat sebabnya dayah nak cerita penyakit kwang soo dalam cerita tu. Sejenis penyakit yang disebut Sindrom Tourette dalam bahasa melayunya. Selalunya orang akan beranggapan Sindrom Tourette ni merupakan penyakit mental tapi sebenarnya?

Apa itu Sindrom Tourette (TS)?

Sindrom Tourette atau TS adalah sejenis penyakit neurologi  yang membuatkan sesorang mengeluarkan ucapan atau gerakan secara spontan (TIC) yang tak dapat dikawal. TS dianggarkan antara 0.4% hingga 3.8% dikalangan pesakit yang berusia 5 hingga 18 tahun. Namun TS berkurangan ketika pesakit meningkat dewasa.

Apa itu Neurologi?

Gangguan tingkah laku yang disebabkan daripada penyakit sistem saraf.

Ciri-ciri Sindrom Tourette

TS mengalami masalah stress psikososial yang mana antara ciri-ciri TS adalah:
  1. Hiperaktif
  2. Depress
  3. Cemas
  4. Perilaku impulsive
  5. Gangguan perilaku lain

Apa itu TIC dalam Sindrom Tourette?

TIC dalam erti mudah adalah gerakan tiba-tiba yang spontan dan tidak terkendali yang berulang-ulang pada anggota tubuh seseorang. Kira macam pesakit tak boleh nak mengawal gerakan tubuhnya sendiri.

TIC terbahagi kepada 2 iaitu :


1- TIC sederhana

Tidak melibatkan bahagian tubuh atau otot. Gejala ni jarang kita nampak.

2- TIC komplek

Gejala yang boleh kita nampak seperti wajah meringis sambil menyentuh kepala dan menjungkit bahu.

Kesan Sindrom Tourette kepada pesakit

Secara fizikalnya tiada masalah tetapi sekiranya ketika pesakit diserang TS dan pesakit mempunyai barangan tajam, itu akan memudaratkan dan mendatangkan kecelakaan.

Masalah sampingan lain kepada 

pesakit Sindrom Tourette


  1. ADHD(Attention Deficit-Hyperactivity Disorder)
  2. Masalah Pembelajaran
  3. Masalah Pengawalan Tingkah Laku Dan Emosi
  4. Kebimbangan
  5. OCD (Obsessive-Compulsive disorder)
  6. Masalah Mood
  7. Masalah tidur

Cara mengatasi Sindrom Teourette

Pengambilan ubat

Dos yang tertentu perlu diberikan tanpa menyebabkan kesan sampingan dan memerlukan kesabaran.

Latihan tingkah laku untuk mengurangkan TIC

Bersukan dan senaman
Aktiviti-aktiviti berkreativiti seperti menulis, lukisan, atau muzik
Perkhidmatan terapi seperti Snoozelen, Aroma, Muzik, Pergerakan Kreatif

Terapi kognitif (CT)

CT adalah sejenis psikoterapi yang merupakan pendekatan terapi dalam kumpulan yang lebih besar terapi tingkah laku kognitif (CBT)

Entry ini adalah hasil kajian dayah yang sedikit, kalau ada salah dan silap dayah harap akan ada yang memperbetulkan dayah. kalau ada pakar-pakar yang sudi menceritakan lebih terperinci dayah alu-alukan sebabnya dayah suka mengkaji dalam satu-satu penyakit yang jarang kita dengar. kepada yang mempunyai ilmu berkaitan Sindrom Tourette boleh la emailkan kepada dayah di kakcikdayah@gmail.com


SUMBER 2

barakALLAHufikum



Anda Juga Mungkin Meminati

2 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum