#cabaran20Hari | Amalan berbalas juadah di bulan puasa

July 04, 2015

ADAT TRADISI 

#cabaran20Hari | Amalan berbalas juadah di bulan puasa

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. Pakat dah pergi beli baju raya ke? dayah tak prepare apa pun lagi. cuma dah siap kemas-kemas rumah, basuh langsir, basuh segala yang boleh dibasuh. Al-maklum lah rumah tak besar sangat, kena la buat sedikit demi sedikit, tak siap juga nanti kalau bertangguh. ok jom kembali kepada tajuk asal hari ini. Cabaran untuk hari yang ke-8. Check it out!!

Sebelum ini dayah duduk berdekatan dengan saudara mara, kiranya semua jiran adalah kaum kerabat dayah tapi selepas berumur 11 tahun, dayah berpindah ke kampung sebelah. Tak jauh pun, tapi kena naik motor juga la. Kalau time kecik-kecik dulu, selepas asar tu dalam pukul 6 mesti mak dah panggil masuk dapur then sediakan piring-piring untuk mengagihkan juadah. Sealunya kuih-muih la. Paling lawak bila dah siap pergi hantar dekat rumah mak saudara jer, mesti tanya, nak balas apa? aduhai..bila fikirkan balik, ada ke patut tanya nak kasi apa sebagai balasan. Pemikiran budak-budak betul.

Bila dah besar ni baru la terfikir, kita bersedekah ni untuk dapatkan ganjaran pahala, bukan sebab tunggu balasan. So, sekarang pun still lagi ada amalan berbalas juadah di bulan puasa ni. sebabnya dayah suka buat kuih then kasi dekat mak dan ayah saudara dayah. Dah macam jadi trademark dayah pula. Sampaikan bila dayah tak balik hari tu time awal2 puasa, diorang dah dapat cam, sebabnya selalu dayah akan hantarkan kuih tapi disebabkan dayah masih diperantauan, tak dapat la dayah nak kasi kuih yang dayah buat.

Best sangat bila fikir-fikirkan balik, yer la..kita dapat gembirakan hati mereka. Sebabnya bila kita kasi juadah berbuka ni, umpama kita mengingati mereka. Nak kata diorang makan sangat, tak pun tapi disebabkan kit aikhlas dan ingatkan mereka, itu yang mereka hargai sesangat. 

Korang pula? apa cerita tentang amalan berbalas juadah di bulan puasa? jom kongsi dengan dayah =)

adat tradisi, amalan berbalas juadah di bulan puasa, http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/,
my beloved cousin, time kecik dulu suka pergi dengan diorang untuk balas juadah hehe
barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

5 comments

  1. seronok tukar² juadah dgn jiran² ni..
    tp sekarang makin kurang diamalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat bandar jarang nampak amalan tukar2 juadah ni,

      Delete
  2. Amalan yg semakin dilupakan, buat sejenis kuih berbagi pd jiran kemudian b'tukar hidangan blh penuh meja jwbnye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, penuh meja makan dengan bermaca2 jenis kuih hasil berbalas2 juadah =)

      Delete
  3. dayah rajin yer buat kueh??? wahh dayah ni calon menantu akk la :D kehkehkeh :D tpi anak akk xlahir lgi pon.... benih pun belum ada....kehkehkeh :D

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum