#cabaran20Hari | Memori raya 90an atau zaman kanak-kanak

July 10, 2015

RAYA ZAMAN DAHULU


#cabaran20Hari | Memori raya 90an atau zaman kanak-kanak
memori raya, menabung, duit raya,zaman dulu punya raya, zaman kanak-kanak, pengalaman raya, http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/
#cabaran20Hari
Assalamualaikum dan salam pagi jumaat semua. Dekat rumah dayah, hujan daripada petang semalam. Alhamdulillah, sejuk jer rasa. Tak la terasa panas macam awal-awal puasa hari tu. Diam tak diam, hari ni jumaat terakhir kita pada bulan Ramadhan. Minggu depan dah nak raya, cepat sangat masa berlalu.Cerita pasal raya, jom dayah kongsi cerita raya dayah zaman 90an sebabnya dayah kan lahir pada tahun 1993, jadi dayah masih dalam golongan yang hidup zaman 90an la kan? hehe.

Ingat lagi waktu dayah umur dalam lingkungan sekolah randah lagi. Dayah dan sepupu mesti akan rancang sehari awal sebelum raya. Rancang untuk perjalanan keesokkan harinya. Kira macam plan untuk kawasan-kawasan yang nak diterjah la. Esok masa pagi raya mesti akan keluar seawal yang boleh untuk kutip duit raya.

Pernah satu ketika, dayah tersilap tekan loceng rumah, sekali yang keluar tu bukan melayu tapi cina. Adoi, memang lawak la tapi yang bestnya uncle tu cakap

"ni rumah cina la adik, tapi tak apa, awak tunggu kejap. Saya nak bagi duit raya juga" 

Dia hulurkan RM1 untuk setiap sorang dari kami. Zaman dayah dulu, kalau kasi RM1 tu memang teruja habis la,sebab jumlah yang besar sangat rasanya.

Selain tu juga, dayah pernah pergi beraya satu rumah ni, dia kasi layanan memang mantap la, makanan dia siap ada sate, mee, nasi, kuih raya dan macam-macam lagi. Sekali masa nak balik tu, dia kasi duit raya 5 sen jer. Hampeh betul, mak dayah cakap 

"dia dah bagi hampa makan macam-macam, tak payah nak merungut la 5 sen tu"
memori raya, menabung, duit raya,zaman dulu punya raya, zaman kanak-kanak, pengalaman raya, http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/
credit to google

Kalau ingatkan balik memang lawak la, boleh pula boikot rumah pakcik tu sebab kasi 5 sen jer. Tu la orang cakap budak-budak ni, akal tak panjang. Haha.

Duit raya dayah hasil pergi kutip keliling kampung selalunya akan lebih daripada seratus ringgit. Duit tu akan kasi mak untuk masuk kedalam bank. Dari kecik lagi mak dayah memang dah ajar setiap anak-anak dia untuk menabung. 

memori raya, menabung, duit raya,zaman dulu punya raya, zaman kanak-kanak, pengalaman raya, http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/
credit to google
Seronok sangat bila bercerita mengenai zaman kanak-kanak. Tapi sekarang dayah tengok dah tak ramai kanak-kanak yang pergi rumah ke rumah untuk kutip duit raya. Zaman yang semakin lama semakin meninggalkan kita dan akhirnya menjadi satu memori yang tercipta indah dalam ingatan kita buat selamanya.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

1 comments

  1. Seronok masa tu..
    la ni area taman perumahan akak, anak2 datang beraya bila ada buat open house.. senang.. penat sekali hadap je.. ;)

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum