Raya pertama adkdayah | Kaum kerabat 1 Malaysia
July 23, 2015KAUM KERABAT
Raya pertama adkdayah | Kaum kerabat 1 Malaysia
Assalamualaikum, lama dayah bercuti dari dunia blogging, last update sehari sebelum raya, hari ni dah masuk raya ke tujuh, itu pun masih ramai la yang datang beraya walaupun cuti raya habis semalam. Entry kali ni dayah nak cerita mengenai raya pertama.
Tahun ni, giliran abang-abang dayah beraya di kampung a.k.a rumah dayah. Jadi, memang havoc la rumah dayah dari malam raya sampai la ke hari raya pertama.
Gambar ni tak ada kak ipar dayah yang no 1 dan anak saudara dayah Ahmad Aysar sebab ada tetamu dekat rumah diorang yang menyebabkan abang dengan anak-anak yang lain saja yang datang. Macam biasa, adik bongsu jenis yang kaki selfie ni telah mempengaruhi adik-beradik yang lain untuk wefie. ^^,
Selesai beraya berampun maaf dengan ahli keluarga, kami sekeluarga keluar beraya ke rumah saudara yang tinggal berdekatan, antaranya rumah pak lang , pak tam dan pak jang. Itu pun kesuntukan masa sebab dah nak zohor, yang lelaki nak ke masjid sembahyang jumaat.
Selesai sembahyang jumaat, kami bertolak ke perak, rumah arwah pak ngah dayah yang berada di Felda Papulut. Hari raya pertama jer yang dapat jumpa semua sepupu dayah ni, dari yang sulong sampailah yang bongsu, diorang 8 beradik yang havoc tak ingat dunia. Dayah punya keluarga yang jenis kaki sakat memang tak pernah kering gusi kalau bersama.
Kami bertolak balik selepas sembahyang maghrib, letih memang letih tapi seronok tu tak boleh nak digambarkan melalui kata-kata. ^_^
Jumpa lagi di next entry yer..dayah ceritakan kisah raya kedua dan ketiga pula. Jumpa lagi semua.
barakALLAHufikum
4 comments
Meriahnyaa Raya Dayah. heheh :D
ReplyDeleteramainyaa.. selamat hari raya dayah^^
ReplyDeleteramainya.. selamat hari raya dayah ^^
ReplyDeleteArrghh tak sabo nak balik kampung esok .. Best kan raya ? hehe . Nice post :)
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.