#cabaran20Hari | Tetamu raya paling ditunggu-tunggu

July 06, 2015

TETAMU RAYA

#cabaran20Hari | Tetamu raya paling ditunggu-tunggu

Assalamualaikum, selamat kembali bekerja yer semua. Hari ni dah masuk hari cabaran yang ke-10. Alhamdulillah, dayah masih boleh ikut lagi cabaran ni. sehari 1 entry mengenai tajuk-tajuk yang diberi. Bukan senang rupanya nak ikut cabaran ni, kadang-kadang tu terlupa yang entry tak draft lagi, kadang tu tak ada idea langsung nak taip apa tapi alhamdulillah we make it.
Bila cerita tentang tetamu raya yang paling ditunggu, dayah fikir juga, siapa yer paling dayah tunggu? selalunya tunggu abang-abang dayah yang belajar jauh dan sekarang duduk jauh dari kampung balik beraya. Paling seronok bila berkumpul ramai-ramai. Walaupun nanti dayah yang kena buli, hehe biasa la kan perempuan sorang, abang pula sampai 3. Memang kena buli la, tapi paling disayangi pun adik perempuan diorang sorang ni je la.

Selain tu, dayah paling tunggu keluarga mak teh dayah. Walaupun rumah mak teh dengan rumah dayah tak jauh mana tapi masih menanti kehadiran mereka. Sebabnya keluarga dayah sentiasa bersama mereka. Dah macam separuh daripada keluarga kecil kami. 

tetamu raya, tetamu teristimewa, keluarga kecil, keluargaku sayang, adik-beradik, bongsu, kanvaskehidupanku.blogspot.com
kiri mak dayah, kanan makteh
Bagi mak pula, makteh adalah satu-satunya adik perempuan dia. Arwah nenek dayah meninggal masa mak berumur 11 tahun. Mak yang jaga adik-adik dia, sebab tu mak teh rapat sangat-sangat dengan mak. Jadi secara semula jadinya, kami dah macam satu keluarga. Dayah dengan sepupu dayah iaitu anak-anak mak teh pun dah macam adik beradik dan bukannya macam sepupu lain. Rapatnya hanya ALLAH saja yang tahu. 

Setakat itu jer lah yang dayah boleh fikirkan tetamu yang ditunggu-tunggu masa Hari Raya. Jumpa lagi nanti =)

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

2 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum