#cabaran20Hari | Kuih Raya Paling Best

July 09, 2015

KUIH RAYA


#cabaran20Hari | Kuih Raya Paling Best

Assalamualaikum. Suka dengan tajuk cabaran hari ni. Cerita pasal kuih raya, kalau dulu rajin jer nak buat kuih raya tapi sekarang zaman dah moden, semua buat kuih tunjuk aka kuih yang dibeli. Bukan salah sesiapa, semuanya faham dengan dunia yang penuh kesibukan. Kena cari duit lebih, kalau tak, nak balik raya macam mana, duit tak cukup.

KUIH RAYA ALMOND LONDON

kuih raya, almond london, semperit,kuih raya pilihan hati, kuih raya murah kanvaskehidupanku.blogspot.com, adkdayah
credit to google
Cerita mengenai kuih raya pilihan ni, dayah teringat 2 3 jenis kuih yang dayah minat sangat-sangat masa kecik dulu. Salah satunya kuih almond london yang banyak coklat. kalau pergi beraya rumah jiran mesti cari kuih almond london dulu. Kalau dekat rumah pula, mak akan buat satu balang kuih almond london berasingan untuk dayah seorang sahaja. Hehe

KUIH RAYA SEMPERIT

kuih raya, almond london, semperit,kuih raya pilihan hati, kuih raya murah kanvaskehidupanku.blogspot.com, adkdayah
credit to google

Selain almond london, semperit pun antara yang menjadi pilihan. Kena pula yang pandai buat semperit, wahh terasa gebu jer dalam mulut ni. Kalau dulu, masa mak duk buat kuih raya, mesti iman tergugat nak berbuka. Yer la, bayangkan bau kuih tu menaikkan nafsu nak makan jer. Semperit bunga dan kerja dayah setiap kali mak buit kuih raya, mesti lah letak ceri dekat tengah2 bunga tu. Haha masa kecik la, kalau dah besar macam ni, mesti lah dayah yang tekankan adunan tu. Rindunya la nak buit kuih.

KUIH RAYA PILIHAN HATI

Jadi, kuih raya yang menjadi pilihan dayah ada dua. Kuih almond london dan semperit. Kalau korang pula? Kuih apa yang menjadi pilihan hati korang dan paling penting, dayah nak tanya, korang buat kuh raya ke? Beli kuih raya? Hehe

Ok semua. Jumpa di next entry.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

10 comments

  1. Sedapnya!!!

    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
  2. dayah..almond kita serupa

    ReplyDelete
  3. sejak dulu pcl kenal kuih semperit..dan baru ni tau nama lain sama dengan biskut dahlia..hemm

    ReplyDelete
  4. xde kuih yg saya suka...

    ReplyDelete
  5. mak aih..sblg hnya tuk dyh?baiknya ati mak dyh alahai

    ReplyDelete
  6. Semperit tu favourite kak efa jugak tu hihi

    ReplyDelete
  7. dua dua ni kuih legend... dulu kini selamanya

    ReplyDelete
  8. rasa macam sama ja kuih kegemaran kita.

    terima kasih menjadi top komentator di blog arz

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum