Steve Jobs
Assalamualaikum,
“The only way do great work is to love what you do. If you haven’t found it yet, keep looking. Don’t settle.” - Steve Jobs
Kita akan lakukan sesuatu perkara dengan terbaik apabila
kita suka akan perkara tersebut. Kalau kita tak jumpa perkara yang kita suka
itu, jangan cepat putus asa, teruskan mencari dan mencari sehingga jumpa. In sya
ALLAH, ALLAH sentiasa bersama kita. Walaupun perkara yang kita lakukan itu pada
mulanya kita tak suka, jangan putus asa, teruskan juga sehingga kita jatuh
cinta akan ia.
Contohnya kalau kita tidak suka bekerja secara berkumpulan. Kita
rasa rimas dan tak dapat menerima pendapat orang lain dan kita lebih selesa
bergerak sendiri. Jadi kita cuba ubah persepsi kita, kita cuba cari apa
kelebihan kita bekerjasama dengan orang lain, apa istimewanya kita bekerja
secara berkumpulan. Selepas kita temui keindahan dalam sesuatu perkara yang
kita benci, pasti kita akan lebih komited dan akan berputik rasa suka itu. Percayalah
=)
Assalamualaikum,
Pernah tak, bila buka dashboard blog lepas tu, nak new post entry dan lepas tu, taip assalamualaikum dan tetiba otak jadi jem? Pernah tak? Ke dayah sorang jer rasa macam tu..haha dayah selalu jadi macam tu. Mungkin disebabkan itu juga, urat M mula berleluasa dan akhirnya kecundang dan blog dibiarkan lama tak berupdate. Sadis bunyi jalan cerita ini, tapi inilah kenyataan realiti yang terjadi di celoteh adkdayah. Nama jer celoteh, tapi bab menaip ni, tak jadi celoteh dah, diam membisu terus. Haha
Selalunya apabila jadi macam tu, korang buat apa yer? Tetiba jadi tak tahu nak taip apa..tapi apabila dah mula menaip jer, terus tak berhenti. Kadang tu kan, dayah takut, takut tertaip ikut suka hati dan bahan bacaan diblog ni terus jadi tiada kualiti. Sebab itu juga, dayah harap sangat kalau ada yang sudi bagi tahu, apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu ditambah didalam blog dayah ni untuk tampak lebih baik agar dapat memberi manfaat kepada semua pembaca (bajet reader ramai T_T)
Sekarang ni, dayah cuba peruntukkan masa untuk menaip dan meluahkan segala idea dalam kepala. Blog ni apabila terlalu lama diabaikan, maka content dan apa yang dayah usahakan dulu, hilang macam tu jer. Sabar jer la.
Jadi dayah nak naikkan balik, agar dapat stabilkan blog ni macam dulu dan semoga lebih baik dan akan terus cemerlang. Wow, macam angkat sumpah depan perhimpunan sekolah pula..haha tak ada la sampai nak bersumpah korang pun, huhu..dayah cuma nak yang terbaik. Doakan kalian sangat-sangat membantu dayah. Sementara dayah tak sibuk dan belum dapat kerja tetap lagi, dayah akan usaha menggunakan platform ini untuk berjaya.
Doakan yer sayang-sayang semua. Semoga kita akan berjaya didunia dan di akhirat kelak.
barakALLAHufikum
Drama korea yang best ditonton
Assalamualaikum,
Drama
korea yang memberi manfaat bagi pendapat dayah. Setiap orang ada pendapat
masing-masing kan? Jadi ini adalah pendapat dayah. Dayah nak senaraikan
sebab-sebab yang menyebabkan drama korea yang dayah senaraikan di entry sebelum
ini. Korang dah baca belum entry dayah pagi tadi tentang hobi tu? Haa..belum
baca? Pergi baca cepat, baru tahu, kenapa tetiba dayah nak senaraikan sebab
drama korea dapat memberi manfaat.
Dayah ada senaraikan beberapa drama yang
dayah rasa, dapat memberi manfaat kepada penontonnya. Setiap drama ada pro dan
kontranya. Jadi dalam entry kali ini dayah nak cerita yang positif jer, malas
nak cakap yang negative sebab semua orang dah tahu kot, drama korea bukan drama
yang akan tetiba ada unsur Islamic betul tak? Haa..jadi dekat sini, selagi kita
dapat manfaat, kita boleh ambil, kalau yang bukan-bukan tu, tak payah la nak
jadikan tauladan pula yer. Ok jom lets start it!
MEMBACA, LAYAN MOVIE DAN MENULIS
Assalamualaikum,
Hobi
bermaksud sesuatu aktiviti yang dilakukan pada waktu lapang. Setiap daripada
kita mesti akan ada satu atau lebih daripada tiga hobi, betul tak? Dayah pun
lebih kurang sama dengan korang, hobi dayah berkemungkinan sama dengan korang
dan ada yang tak sama. Jom kongsi hobi masing-masing nak tak? Dayah ada 3 hobi,
antaranya ialah membaca, layan movie, menulis.