Bubur nasi berlauk terbaik di Nilai

March 08, 2016

tempat makan best di nilai, bubur nasi berlauk terbaik di nilai, kedai d'laila mee udang, tempat makan best, tempat makan sedap

Tempat makan yang best di Nilai


Bubur nasi berlauk terbaik di Nilai


Assalamualaikum, dah lama nak cerita bab makanan sedap di nilai. Tapi masa kadang-kadang tu terlalu cemburu dengan dayah. Jadi, terperaplah entri makanan sedap ni. Walaupun terperap entri ni, tapi makanan dekat D'laila tak pernah kurang keenakkannya tau. Hehe. Sedapnya bubur nasi berlauk ni, hanya Allah jer tahu perasaannya.

Awal-awal dulu asyik tengok orang duk post cakap teringat bubur nasi berlauk dekat D'laila. Sekali dayah makan, wow!! Dayah pula yang asyik teringat. Haha
tempat makan best di nilai, bubur nasi berlauk terbaik di nilai, kedai d'laila mee udang, tempat makan best, tempat makan sedap

Keunikkan dia, korang kena pergi rasai sendiri. Sebabnya, dalam bubur nasi tu sendiri ada keunikkan dia. Mula dayah makan tu tak perasan lagi, bila dah sampai kebawah tu, baru perasan, apa yang menyebabkan bubur nasi ni unik dan sedap.

Pertama kali juga dayah makan rebung goreng. Selama ni, dayah makan kari rebung jer, tak pernah tahu pula yang rebung bila di goreng, sedap teramat. Hee korang yang tak tahu nak makan dekat mana bila sampai nilai. Dayah suggest sangat-sangat datang kedai D'laila. Bukan setakat bubur nasi, mee udang dia lagi meletop. 

Kawan-kawan dayah yang dekat USIM selalu sangat mengidam mee udang dekat D'laila. Udang yang fresh, kuah yang pekat. Perhhh memang terangkat la. 

Mungkin ada yang rasa dayah cerita ni macam melebih-lebih. Tapi dayah cakap dekat korang, korang pergi rasa sendiri then bagi tahu dayah. Sebab dayah cerita mengikut pengalaman dayah dan selera anak tekak dayah.




Ok jumpa lagi di kedai makan yang lain pula. Hehe moga semua berada dalam lindungan ilahi. Amin

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

3 comments

  1. Mggu lps mak mertua pcl dtg sini, kami p makan kat bubur nasik tu.. mng terbaek, oder mangkuk besar share ramai2 makan. Yes Sedap !

    ReplyDelete
  2. Dah makan beberapa kali jugak. Memang sedap. Siap rasa tak cukup 1 mangkuk besar, haha :D

    ReplyDelete
  3. Rindunyaaaa nak makan ni😢😢😢
    Kt tempat lain susah nak jumpa. Tq sudi share resepi nti nk cuba buat.

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum