ARTIKEL | Blog medium perkenalkan makanan halal

March 10, 2016

BLOG MEDIUM PERKENALKAN MAKANAN HALAL

Blog medium perkenalkan makanan halal


Oleh : NURHIDAYAH MOHD ZAKARIA 

Melalui penguasaan media massa, pelbagai keperluan semasa umat Islam dapat dicurahkan oleh umat Islam sendiri mengikut citarasa kontemporari yang sesuai dengan ajaran Islam.Sudah tentu ia menjadi alternatif kepada umat Islam untuk menyajikan maklumat yang berkaitan dengan kebudayaan, ilmu pengetahuan, politik, sosial, hiburan, kemasyarakatan dan sebagainya. Sarjana komunikasi barat seperti Leiner telah mengemukankan pelbagai peranan yang dimainkan oleh media massa dalam masyarakat. Ia boleh dikategorikan sebagai:

  1. Permberitahu dan pengaman persekitaran.      
  2. Penggalak pembincangan dan pendorong perubahan. 
  3. Agen sosialisasi serta penyalur budaya dan nilai.
  4. Penghibur

Komunikasi Islam yang mempunyai ruang lingkup meluas mengenai media menetapkan bahawa peranan media Islam mestilah selari dengan peranan agama Islam itu sendiri. Namun dalam menghadapi realiti semasa umat Islam dan cabarannya, peranan media informasi Islam ditumpukan kepada lima aspek terpenting iaitu:

  1.     Menyebarkan saranan Islam dan kebenaran kebenaran kepada orang ramai.
  2.    Mempertahankan isu yang berkaitan dengan kepentinggan ummah.
  3.     Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
  4.   Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai  salah satu cara dakwah bagi menangkis serangan media barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.
  5. Menghadapi perang media dan propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan


Blog merupakan salah satu media massa yang memberi impak besar kepada masyarakat. Hal ini kerana blog sentiasa menjadi rujukan bagi setiap lapisan umur masyarakat melalui pengasessan carian google. Jadi blog telah termasuk dalam lima aspek terpenting kerana peranan blog dalam menyebarkan saranan Islam dan kebenaran kepada orang ramai. Blog dijadikan medium meperkenalkan makanan halal adalah satu kepentingan kepada umat Islam pada masa kini.

Blog adalah salah satu media massa yang menjadi keperluan utama dalam kehidupan umat Islam kini kerana fungsinya yang penting bagi meningkatkan kefahaman mengenai Islam. Disamping itu blog juga adalah medium perkenalkan makanan halal. Ia turut memfokuskan perhatian masyarakat terhadap isu-isu halal yang sering dimuat turun dalam media sosial. Bagi memperjelaskan lagi mengenai isu makanan halal, blog dijadikan medan untuk menghuraikan lagi isu-isu yang berkaitan. Individu dan masyarakat Islam mesti mampu menggunakan blog secara profesional dan tidak bergantung kepada sistem media yang dirangka oleh pihak yang prejudis terhadap Islam.

Persoalan sama ada blog dikatakan berpengaruh atau tidak bergantung kepada cara penulisan seorang blogger itu sendiri. Selain itu, ia juga turut bergantung kepada individu yang menerima mesej tersebut. Tetapi yang nyata, timbul semacam kekeliruan lahir daripada kecelaruan pihak yang prejudis terhadap Islam. Justeru itu, lahirlah permasalahan yang asalnya kecil tetapi menjadi besar setelah kecelaruan itu telah berjaya mempengaruhi pembaca.

Sarjana komunikasi mengakui bukan mudah untuk memahami proses penerimaan mesej dan pembentukan makna. Jadi, peranan blogger untuk mengetengahkan makanan halal kepada masyarakat amat perlu ditekankan dalam hal ini. Setiap blogger perlu yang memperknalkan makanan halal perlulah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihan sesuatu makanan yang ingin memperkenalkan kepada pembaca.

Blog juga boleh dijadikan rujukan kepada masyarakat Islam dalam mencari makanan halal di seluruh dunia. Hal ini kerana setiap umat Islam yang melancong keluar negara sukar mencari makanan halal dan ia menjadi kesulitan utama dalam setiap perjalanan. Akan tetapi kini dengan adanya blog yang memperkenalkan makanan halal diseluruh dunia telah memudahkan para musafir yang keluar negara mudah menikmati makanan tanpa was-was.

Blogger yang mempunyai pengaruh yang tinggi dalam media sosial seperti blog adalah sangat penting untuk mempengaruh masyarakat akan penulisannya. Oleh itu, kebanyakan masyarakat kini lebih mempercayai apa yang disampaikan didalam carian sesawang. Tambahan pula, blog yang mudah diakses dan senang didapati tidak kira tempat dan masa memudahkan lagi, masyarakat yang mencari tempat atau yang ingin mengetahui lebih lanjut akan kesahihan halal sesuatu tempat yang mereka kunjungi.Media sosial sepeti blog amatlah diperlukan selain media sosial lain seperti surat khabar, televisyen, radio dan sebagainya. Hal ini adalah cara penulisan blog yang santai dan mudah difahami oleh semua peringkat umur.

Sebagai rumusan , apabila kita cuba menilai peranan dan pengaruh media, khususnya blog dalam menjadi medium makanan halal adalah harus ditonjolkan dan melihat lebih jauh kepada persoalan dari mana nilai yang dipegang oleh seseorang blogger dalam penulisan yang disampaikan olehnya.kita perlu menilai keupayaan blog dalam mempengaruhi masyarakat.

Firman Allah dalam Al-Quran  surah Nahl ayat 78 bermaksud: “Dan Allah melahirkan kamu dari perut ibu kamu tanpa kamu mengetahui sesuatu apa pun dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan fikiran bagi kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur”.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

2 comments

  1. Betul setuju dengan artikel ni...blog adalah lebih dekat dengan jiwa masyarakat sebab ia lahir dari apa yg kita rasa secara realiti...julia mmg suka buat food review kedia halal...sgt ditekankan...cantikk yer blog dia

    ReplyDelete
  2. nice sharing...mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap muslim...

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum