Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari jumaat yang diberkati ni, korang dah baca kahfi ke belum? Ok meh dayah nak cerita, ingat lagi tak dayah pernah cerita yang dayah pergi gathering blogger hari tu? Dayah sangat-sangat bersyukur bila mana, majlis yang kami rancang daripada tahun lepas telah berjalan dengan lancar. Paling bersyukur sekali apabila majlis ni bukan sekadar majlis sembang kosong tapi majlis ni dimulakan dengan bacaan yassin dan doa selamat. Alhamdulillah.
Al-quran yang kami guna adalah daripada The Violet Sofea, sangat membantu dan mudah dibaca kerana ada tulisan rumi dan tajwid bagi setiap ayat. Kepada sesiapa yang baru berjinak-jinak untuk membaca al-quran, Al-quran al-mumayyaz sangat-sangat dicadangkan.
Dayah seronok sangat bila dapat Al-quran mumayyaz ni sebab dayah lupa bawa balik quran dayah dari kedah. Jadi quran Al-mumayyaz telah jadi pengganti quran yang lama. Waktu majlis 1stgathering EFG sabtu lepas, dayah harap sangat majlis diberkati dengan pembukaan bacaan yassin dan doa selamat.
Semoga Allah memberi ganjaran kepada yang membaca dan pemberi Al-quran Al-mumayyaz. Korang boleh jer nak usha-usha quran yang korang rasa macam sesuai dengan korang dekat The violet Sofea. Nah dayah kasi link fb dan iG nya dekat bawah ni.
3 comments
PapaG pun suka quran almumayyaz ni..
ReplyDeletealhamdulillah... :)
ReplyDeletekita ada jugak kaler biru ,bestkan
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.