1st Day : Misi Kembara dan Tautan Hati di Bumi Guilin China
February 05, 2015
|1st Day : Misi Kembara dan Tautan Hati di Bumi Guilin China|
Misi kali ini dibawa atas nama Global Islamic Students Outreach (GISO) dibawah persatuan u3p. ingat x semalam dayah ada taip entry ke Guilin ke kite? hehe, so ini lah ceritanya. Sebelum itu, x lupa juga staff2 klinik yang menjayakan misi kali ini, meh nak perkenalkan staff2 pusat kesihatan USIM yang sempoi and sporting habis sepanjang kami menjayakan misi GISO di bumi Guilin, China
26/01/2015 (8.00 pm) : kami semua berkumpul di klinik USIM untuk menunaikan solat isya' dan solat sunat hajat agar dipermudahkan perjalanan dan misi kami di Guilin, China. Solat kami pada hari itu diimamkan oleh leader GISO u3p, Khairil Aswadi. Then lepas tu, ada jamuan sikit dekat klinik dan kami lepak2 dalam 5 jam
yes..5 jam kau,kami tunggu dekat klinik semata2 x nak yang lewat and terkejar2 nak ke airport, so semua bersetuju untuk tunggu dekat klinik.
bila dah lama sangat tunggu dekat klinik, apa lagi kita tunggu, selfie la..hehe |
nampak x kecewian disitu, hehe selfie dulu sebelum naik bas |
bergambar dihadapan kedai makan halal di Guilin, China
dari kiri: hanif, aswadi, adkdayah
makanan diorang ada yang sedap ada yang tidak memenuhi selera melayu dayah,hehe by the way semua makanan yang dihidangkan dalam kuantiti yang banyak, bayangkan nasi semangkuk besar tapi lauk yang dihidangkan dalam 10 menu lauk. perhh..boleh bayangkan x? 1st meja ni perempuan semua, lepas tu Dr tengok makanan banyak x habis, so Dr cakap meja kitorang kena ada lelaki baru habis and x membazir dan x silap perhitungan Dr, selepas adanya abang 2 orang ni dekat meja kami, makanan x dibazirkan,,hehe nampak x disitu? jangan mara ek wadi and hanif
ok lepas dah makan apa semua, dah ada tenaga so, marilah kita melaksanakan misi2 yang dibawa dari Malaysia ke Guilin..kami meneruskan perjalanan ke Seven Star Park.
dihadapan pintu masuk Seven Star Park. |
Dalam seven star park ini kita dapat menemui Mapping Mosque and Muslim Old folk's Home. Disana kami menyampaikan sumbangan dan juga memperkenalkan budaya melayu di Malaysia seperti makanan tradisional dan kami juga turut mempersembahkan pertunjukkan tradisional melayu.
DR Nik bersama dengan imam masjid dan juga kak Nur dari honey vacation
ahli u3p yang bersemangat mendendangkan lagu bagi menggembirakan hati warga emas di Guilin, China
hanif bersama salah seorang warga emas. |
nadia dan adilah bersama warga emas di Guilin |
u3p membawa nama USIM dan MALAYSIA di bumi Guilin, China
dalam Seven Star Park ini, bukan sahaja ada masjid dan rumah orang tua tetapi Seven Star Park merupakan taman rekreasi yang cantik dan ia juga mempunyai daya tarikan tersendiri contohnya berdekatan dengan masjid terdapat Camel Hill yang betul2 menyerupai unta.
Then lepas selesai semua kerja2 bakti di situ, kami melawat Mirage Guilin Show dimana ia terkenal dengan pertunjukkan budaya china.
dalam dewan Mirage Guilin Show |
Selepas itu, balik makan malam di kedai makan yang sama dan finally check in hotel. nak tahu hotel apa? Starway Hotel West Hill
depan hotel and paling penting, ni time pagi tau, bukan malam, kalau x salah dayah dalam pukul 7.30am |
kalau korang google, macam mana en google tunjuk, macam tu la hotelnya..hehe memang terbaik ko jah..pandai honey vacation carikan untuk kami..hehe thanks a lot honey vacation.
so selesai untuk hari pertama di Guilin, China. Nantikan next entry untuk hari2 berikutnya =)
see you next time
barakALLAHufikum
2 comments
Assalamualaikum.. saya akan ke Guilin pada tahun hadapan untuk program giso . Saya nak tanya beberapa soalan .
ReplyDelete1. Berapa anggaran perbelanjaan yang digunakan selama berada di Guilin ?
2. Buat program GISO nie guna travel agency atau secara backpacker?
3. Berapa lama di Guilin?
Harap dapat maklum balas dari Saudari . Oh lupa nak kenalkan diri . Saya Aliah pelajar Tahun 3/Semester (insya allah masuk bulan Sept nie ) program Ijazah Sarjana Muda Fiqh & Fatwa dengan Kepujian . Wa Allahu 'Alam .
waalaikumussalam saudari Aliah =)
ReplyDeleteuntuk pertanyaan saudari in sha allah dayah akan jawab setakat yang dayah tahu =)
1. Berapa anggaran perbelanjaan yang digunakan selama berada di Guilin ?
Perbelanjaan ni kalau untuk pakej yang kitorang guna duit ground dan dalam tu termasuk dengan duit tiket flight pergi balik, dan pakej sepanjang duduk dekat sana (makan, tempat tinggal, tempat melawat, kenderaan disana) semuanya RM2260 seorang. Duit belanja shopping dekat sana dayah bawak RM300 duit kita, itu jer..sebab Guilin ni tak banyak benda yang nak dishoppingkan, kalau Guangzhou banyak..hehe ikut la bajet seseoran tu.
2. Buat program GISO nie guna travel agency atau secara backpacker?
kitorang guna travel agency sebab itu jer yang senang kitorang fikir, tapi kalau diberi peluang sekali lagi nak backpack jer, lagi murah..lagi pula dah tahu tempat..Guilin ni daerah dia tak besar, so in sha allah tak sesat
3. Berapa lama di Guilin?
GISO ni selalunya seminggu jer, 7 hari.
harap dapat membantu yer jawapan yang diberi, kalau nak senang lagi boleh pm dayah dekat email kakcikdyah@gmail.com nanti dayah cerita lebih lanjut dekat sana =)
Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.