2nd Day : Misi Kembara dan Tautan Hati di Bumi Guilin China

February 07, 2015

 
 2nd Day : Misi Kembara dan Tautan Hati di Bumi Guilin China | kepada sesiapa yang belum baca 1st Day : Misi Kembara dan Tautan Hati di Bumi Guilin China, silalah baca yer untuk memudahkan korang memahami apa yang dayah ingin ceritakan. ok jom tengok apa yang kitorang buat pada hari kedua di Guilin, China.
Bangun jer pagi tu, semua bersiap sedia dalam pukul 7.30am kami check out hotel sebab nak ke Yangshuo tapi sebelum itu kami bertolak ke kedai makan terlebih dahulu untuk breakfast tapi bukan kedai yang 1st day tu, sebab pagi2 kedai tu x buka so, kitorang pergi satu kedai ni untuk breakfast. Bayangkan kitorang makan nasi goreng wey..hehe nikmat bila breakfast nasi goreng ni..
adkdayah, giso, u3p, usim, breakfast, terbaik
kedai makan yang mempunyai toilet terbaik..hehe
Toilet dekat Malaysia x sama dengan China ok..so faham2 je la bila jumpa toilet macam dekat Malaysia, itu adalah satu kenikmatan..hihi then semua sudah bersedia kami mulakan trip ke Yangshuo mengambil masa dalam 1 jam setengah. kami melalui kawasan2 perkampungan yang betul2 memikat hati. Penuh dengan gunung-ganang yang tersergam indah..ALLAH!! sungguh cantik ciptaan DIA yang maha mencipta.
1st tempat kitorang terjah adalah Cruise Li River. Kepada sesiapa yang sangat2 sukakan permandangan yang cantik dan indah, dayah suggest ke sini, tempat dia memang best sangat.

adkdayah, giso, u3p, usim, cruise li river
tengah tunggu bot datang ambil..sempat sajo berposing

adkdayah, giso, u3p, usim, cruise li river
macam biasa, selfie dulu baru puas..tunggu lama sangat bot tu ha..hehe alasan!!

adkdayah, giso, u3p, usim, cruise li river
tadaaa!!! atas bot..mula2 ok., lama2 beku atas bot ni ha..
 punya cewi budak2 malaysia ni, boleh pula tunggu atas bot ni. semua pakat turun duduk bawah sebab sejuk sangat tapi kami still berselfie bagai nak rak, merakam saat2 terindah kononnya..hehe

adkdayah, giso, u3p, usim, cruise li river, aswadi
ini our leader aswadi, antara abang yang caring dalam u3p
ok selesai kitorang pusing2 Cruise Li River, kami pergi melawat Bamboo Unlimited
adkdayah, giso, u3p, usim, bamboo unlimited
dekat sini kami dapat mengenali pelbagai produk yang diperbuat daripada bamboo, kadang tu x tercapai dek akal fikiran yang sesuatu benda itu dapat diperbuat daripada bamboo, betul2 canggih teknologi orang china :) proud with them.
selepas menimba ilmu di Bamboo Unlimited,kami meneruskan trip ke Silver Cave
adkdayah, giso, u3p, usim, silver cave
dihdapan pintu masuk Silver Cave
 Untuk pengetahuan semua, gua ni serious cantik sangat2, punyalah kreatif diorang ni. Diorang lampukan dengan pelbagai warna lampu untuk daya tarikan, dengan pancaran batu yang bersinar2 menambahkan lagi daya tarikan Silver Cave.

adkdayah, giso, u3p, usim,, silver cave
cantikkan? lawa sangat sampai x terkata :)

adkdayah, giso, u3p, usim, siver cave
disebabkan dalam ni gelap so, bila tangkap gambar jadi kelam..huhu
dalam Silver Cave ni batu kapurnya terbentuk dengan pelbagai bentuk. Antaranya phoenix, mother love, ais cream,  budha and paling giler bagi dayah arak yang tersimpan didalam tempayan dalam tempoh lebih 600 tahun. perhhh..x terkata kami yang mendengar cerita dari miss Lu.
time keluar dari Silver Cave dah malam, so apa lagi hehe balik check in Starway Hotel Xin Fu An dekat Yangshuo la..hehe hotel dia sama hebat dengan hotel dekat Guilin.haaa...lupa nak cerita pasai kedai makan ek..ok meh dayah ceritakan kedai makan dekat Yangshuo ni, kedai dia x jauh dari hotel, so senang la, jalan kaki jer dah boleh sampai. Kedai makan dia pun best sangat, tauke dia islam, dia and family sangat2 peramah.
adkdayah, giso, u3p, usim, kedai halal yangshuo
miss Lu tengah sibuk tolong tuangkan green tea..hehe
adkdayah, giso, u3p, usim, kedai halal yangshuo
macam biasa, gambar kenangan mau ada..hehe
lepas selesai semua kita balik hotel, hari 1st balik jer hotel terus tidur sebab semalaman x tidur. So, 2nd day memang mimpi la nak tidur awal, dah alang2 datang negara orang marilah kita meninjau apa yang patut. Kami bergerak ke West Street yang terkenal dengan tempat membeli-belah. x jauh pun dengan hotel kami duduk, so jalan kaki pun dah boleh sampai.
kepada kaki shopping mesti x puas sebab tempat dia biasa2 saja, kalau nak best lagi ambik train ke Gongzhuo dalam 4 jam, dekat situ boleh shopping sepuas-puasnya. bagi student macam kami ni, cukuplah dengan West Street, itu pun dah x tahu nak beli apa. Haaa..tips paling penting nak shopping dekat West Street adalah korang perlu pandai bargain. Diorang ni kadang2 letak harga xmasuk dek akal, so korang bargain sampai dapat harga paling murah. Potong kalau boleh sampai 50%..kalau diorang x nak juga,korang pergi jer dari situ, mesti dia akan panggil korang balik and letak harga yang macam kita bargain tu..hehe so, pandai2 la nak bargain tu yer :) 
 
Bargain sudah, cuci mata pun sudah, apa lagi tunggu, lewat malam dah kan? so balik hotel dan tidur..untuk next trip wake up call pukul 6.30 dan berkumpul di lobi pukul 7 dan bertolak balik ke Guilin pukul 7.30. so jumpa korang pada next entry yer..tunggu yer 3rd day : Misi Kembara dan Tautan Hati di Bumi Guilin China
 
barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

2 comments

  1. 50% bargain..gila banyak kalau tak tau cara mesti kena kapak !! terujanya pcl nak ke sana...sapalah nak sponsor blogger ni plak..huuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau lagi pndai..bkn setakat 50% bargain..lebih dri tu pn bole dpt..slalu dpt 50% jer..huhu

      Delete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum