Perasmian minggu bahasa arab SMAN
April 29, 2016
Assalamualaikum dan salam pagi jumaat semua =) minggu ni dayah sibuk sangat dengan Minggu Bahasa Arab. Hari ni nak ceritakan tentang Perasmian Minggu Bahasa Arab Sekolah Menengah Agama Nilai (SMAN) yang dikelola oleh guru praktikal USIM sepenuhnya. Perasmian Minggu Bahasa Arab kali ini diserikan dengan kelainan yang dibawa oleh guru praktikal di SMAN.
PERASMIAN MINGGU BAHASA ARAB DI SMAN
Kelainan yang dibawa oleh pihak dayah mungkin kebiasaan bagi sekolah lain tapi lain di SMAN. Pertama kali perasmian dilakukan dengan gimik seperti ini. Gimik yang kami lakukan adalah ala-ala james bond menumpaskan penjahat yang cuba untuk merampas beg yang mempunyai warkah perasmian. Persembahan ini juga diserikan dengan persembahan bunga silat dan kalam jamae atau dikenali sebagai choral speaking.
Puan pengetua merasmikan Minggu Bahasa Arab |
Perhimpunan sebelum berlangsungnya majlis perasmian |
Perhimpunan sebelum berlangsungnya majlis perasmian |
PERSEMBAHAN BUNGA SILAT DAN GIMIK PERASMIAN
Persembahan bunga silat dan gimik perasmian telah dilatih oleh salah seorang guru praktikal USIM. Bayangkan, cuti hujung minggu tu dihabiskan dengan melatih pelajar jer. Letih jangan cakap, tapi puas hati tu lagi penting. Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Terima kasih atas doa korang yer.
Gimik perasmian |
Gimik perasmian |
Persembahan bunga silat |
Persembahan kalam jamae daripada pelajar tingkatan 4 |
Bersyukur sangat dengan kerjasama pelajar-pelajar SMAN yang sentiasa bagi sepenuhnya tenaga walaupun masa cuti, diorang masih berlatih dan terus berlatih untuk menjayakan Minggu Bahasa Arab. Terima kasih kepada semua yang secara langsung dan secara tidak langsung.
barakALLAHufikum
1 comments
Waa bersemangat cikgu dayah cakap bab2 skolah hehehe
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.