MARAH BUKAN SEBAB BENCI
April 29, 2016
Assalamualaikum, semoga semua dalam keadaan sejahtera dan bahagia selalu. Nak cerita, nak meluah, nak cakap dan segalanya hari ni. Hati ni kadang-kadang sakit,kadang-kadang tenang dan kadang-kadang rasa nak marah dan biar satu duni tahu yang bahawa seketul dayah ni ada perasaan dan juga hati yang perlu dijaga. Susah sangat ke? susah ke kalau tak ganggu dayah bila mana dayah tak ganggu orang lain. Ini tak, semua yang dayah buat tak betul di mata semua orang, semua yang nampak, salah jer. Yang dayah buat kerja smapia separuh mati dan tak ada rehat tu, kenapa tak nak ungkit pulak? cuba cerita yang baik-baik bila mana orang tak cerita buruk tentang kita.
MARAH BUKAN SEBAB BENCI
Mesti semua tertanya-tanya kan? apa yang membuatkan dayah marah sangat. Dayah tak nak cerita lebih-lebih dan dayah hanya nak luah dan sampaikan apa yang dayah rasa perlu sampaikan. Dayah marah bukan sebab benci tapi sebab sayang. Dayah tak nak nanti orang lain marah dan melepas geram kepada individu itu. Ingat yer, dayah marah bukan sebab benci
Hidup kita ni kadang-kadang dibawah dan kadang kala diatas. Apabila kita diatas, jangan sesekali nak pijak yang bawah tapi bawa yang dibawah ke atas untuk bersama dengan kita yang berada diatas. Manakala bila kita dibawah pula jangan sesekali memandang diatas sebagai musuh tetapi anggap sebagai satu cabaran agar kita dapat berada diatas bersama mereka. Itu baru putaran kehidupan yang sihat.
PANDANGLAH DENGAN ILMU
Kalau yang atas memandang yang bawah seperti satu kehinaan, apa yang akan dianggap oleh orang yang berada dibawah? pasti menganggap yang diatas adalah satu musuh yang perlu dicegah dan dibanteras.Pandanglah dengan ilmu. Jatuh sesama kita sendiri tak ada guna walaupun sesen. Jadi jangan sesekali nak menjatuhkan orang sebabnya dunia ni banyak peluang rezeki, kalau itu bukan rezeki kita, mungkin rezeki kita berada ditempat lain. Pergilah mencarinya, jangan sesekali merampas rezeki orang dengan perbuatan yang hina.
Hidup dekat dunia ni sekejap jer awak-awak. Jangan la diturutkan sangat hawa nafsu yang jahat tu. Jangan tenggelam dengan dunia yang dibisik syaitan. Dia tunggu jer nak sesatkan manusia yang leka ni. Saya sayang awak, sebab tu saya ingatkan awak semua agar awak semua tak kedalam dunia yang dicipta makhluk ALLAH yang dicipta daripada api itu.
barakALLAHufikum
1 comments
Sabar dik..istighfar byk2 pedulikan org lain n bykkan sabar
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.