BREAKING NEWS | Pusat Kesihatan USIM Anjur Senam Aerobik Aqli Naqli

June 09, 2015

Pusat Kesihatan USIM Anjur Senam Aerobik Aqli Naqli 


NILAI - Seramai 500 pelajar Tamhidi  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  menyertai senam aerobic aqli dan naqli di Pusat Sukan Tungku Najihah anjuran Pusat kesihatan USIM dengan kerjasama Urusetia Perlindungan Perubatan  Pelajar  (u3p) sempena minggu orentasi baru-baru ini.

Ketua senam aerobic Ezz bin Amiruldin, berkata program senam aerobic aqli dan naqli mendapat galakkan yang memberansangkan kerana ini adalah kali pertama senam aerobic aqli dan naqli diperkenalkan.

“Senam aerobic aqli dan naqli diketengahkan dengan lagu nyanyian Humood AlKhudeer, Kun Anta dan diselitkan juga lagu rancak Pudar  nyanyian Rossa. Akan tetapi galakkan pada gerakan kun anta lebih mendapat sambutan yang memberansangkan.”

Senam aerobic lagu rancak dari Rossa, Pudar

Menurut peserta Senam aerobic aqli dan naqli, Nur Amirah binti Hasan melahirkan rasa keterujaan beliau apabila menyertai senam aerobic aqli dan naqli buat pertama kalinya di USIM.

“Saya berasa seronok dan gembira mengikuti Senam aerobic aqli dan naqli pertam kali di USIM. Saya berharap Senam aerobic ini dapat dilakukan seminggu sekali di USIM untuk mendekatkan lagi ukhuwah sesama pelajar dan staff” ujar beliau seusai habis senam aerobic.

Senam aerobic aqli dan naqli dibahagikan kepadadua tempat iaitu di Pusat Sukan Tungku Najihah dan padang Fakulti Sains Teknologi.

Program ini juga turut diselitkan dengan tazkirah dan tadarus al-quran untuk mengisi kerohanian dalam setiap diri peserta.

Oleh: adkdayah (USIM)

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

0 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum