

Disiplin Diri Amal Pemakanan Seimbang
Tahap Kesedaran Rakyat Malaysia
Ramai di antara rakyat Malaysia terlewat
dalam menyedari kepentingan mengamalkan pemakan seimbang terutamanya golongan
remaja. Bagi para remaja di usia sebegini merupakan 'syurga' mereka. Di waktu
inilah mereka ingin mencuba pelbagai aneka makanan tanpa mementingkan
keseimbangan. Apabila sudah terkena pelbagai penyakit, baru mereka sedar akan
kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang.
Tabiat pengambilan MSG
Golongan remaja khususnya mahasiswa
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempunyai tabiat mengambil makanan
ringan seperti mee segera dan makanan yang mengandungi MSG(monosodium glutamate) yang tinggi yang memberi
kesan buruk kepada kesihatan.
Laporan Akhbar
Terkini, menurut akhbar Berita
Harian, 7 April 2015, melaporkan mee segera mengandungi kandungan serat serta
vitamin yang rendah. Selain itu, mee segera seperti Maggi mengandungi kandungan
MSG yang sangat tinggi. Kandungan ini memberi kesan negatif kepada kesihatan
diri.
![]() |
| Rajah 1: Piramid Makanan credit to google |
Pentingnya Pemakanan Seimbang
Oleh itu, sewajarnya mahasiswa mulakan
dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. Makanan seimbang
mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan
yang diperlukan oleh tubuh. Tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam
kuantiti yang berbeza untuk memelihara kesihatan.
Untuk sentiasa sihat dan bebas daripada
pelbagai penyakit bahaya, kita disarankan untuk mengambil makanan sihat, berkhasiat,
berzat dan seimbang. Pemakanan seimbang dapat membantu mengurangkan risiko
beberapa penyakit termasuk serangan jantung, lebihan kolesterol dan spina
bifida.
Amalan makan bersama keluarga
Amalan makan bersama keluarga adalah
salah satu cara mendisiplinkan diri untuk mengambil pemakanan seimbang. Para
penyelidik percaya amalan ini dapat membentuk tabiat pemakanan yang sihat serta
dapat mengelakkan daripada pemakanan yang berbahaya.
Meskipun berhadapan dengan jadual yang
padat, amalan makan bersama keluarga harus diberi keutamaan di dalam Journal of
Adolescent Health ada menyatakan faktor pencegahan terbaik untuk mengelakkan
gangguan pemakanan. Makan bersama-sama turut menjamin pengambilan nutrien yang
baik, malah disyorkan sarapan dan makan malam bersama-sama seharusnya dijadikan
amalan harian.
Faktor umur bukanlah penghalang
Banyak pemakanan seimbang yang dapat
kita ikuti untuk meneruskan gaya hidup sihat. Faktor umur bukanlah penghalang
untuk tidak mengamalkan pemakanan seimbang. Kebanyakan pengamal pemakanan tidak
seimbang adalah dikalangan pelajar. Oleh itu, pemakanan seimbang perlu ditanam
dalam diri sejak dari kecil untuk kekal sihat dan aktif.
Untuk mengetahui lebih lanjut,sila
layari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia
Oleh: adkdayah (USIM)
barakALLAHufikum

PROGRAM CHARITY ASAH SOFT SKILL PELAJAR
Maksud Soft skill dan Charity
Soft skill dalam
erti bahasa melayu adalah sifat-sifat peribadi yang membolehkan
seseorang untuk berinteraksi dengan berkesan dan harmoni dengan orang lain.
Charity pula merupakan satu program khidmat masyarakat atau kebajikan
yang meransang anak muda terutamanya pelajar universiti. Sebagai seorang
mahasiswa/i, anda digalakkan untuk sama-sama turun ke program charity. Hal ini
kerana program yang dijalankan bukan sahaja dapat membantu masyarakat
disekeliling, malah dapat mengasah cara berkomunikasi dan interaksi pelajar
dengan masyarakat.
Permasalahan Pelajar Keluaran Universiti
Pelajar keluaran universiti kebanyakkannya lemah dalam
berinteraksi. Hal ini kerana pelajar itu sendiri kurang mengambil perhatian
dalam aktivit-aktiviti yang dijalankan di universiti. Oleh itu, pelajar
disarankan untuk memperbanyakkan program kebajikan yang mana dapat berinteraksi
dengan lebih luas dengan masyarakat diluar sana. Pengalaman saya sendiri yang
melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat dengan kerjasama
Mercy Malaysia dan Muslim Care telah menunjukkan potensi yang tinggi dalam
proses mengasah soft skill itu tersendiri.
![]() |
| Kerjasama Muslim Care dengan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia |
Pengalaman melatih soft skill
Peluang bekerjasama dengan dua badan besar
seperti Mercy Malaysia dan Muslim Care adalah salah satu jalan untuk seorang
pelajar melangkah dan melihat suasana yang berlaku di dunia luar. Salah satu
program yang telah dijalankan bersama Muslim Care adalah Kembara Kesukarelawan
dan Tautan Kasih di Guilin, China. Kerjasama bersama Muslim Care memberi
peluang kepada pelajar seperti saya, belajar dalam menguruskan aktiviti skala
besar. dalam kesibukan menguruskan program berskala besar seperti ini, secara
tidak lansung telah mengasah soft skill yang tersimpan. Selain itu, dengan berprogram kita dapat belajar cara bekerja secara
berkumpulan dan dalam masa yang sama ia dapat mengasah cara-cara untuk menjadi
pemimpin dalam sesebuah organisasi.
Kebaikan Program Charity
Oleh itu, perbanyakkan program charity untuk
memperkembangkan dan mengasah bakat yang sedia ada untuk mengharungi dunia luar
setelah tamat pengajian. Pelajar yang kurang terdedah dengan aktiviti-aktiviti
seperti charity akan mngalami kekurangan cara untuk berinteraksi dengan harmoni
di dalam masyarakat. Hal ini kerana mereka
merasa rendah diri dan gugup saat harus berhadapan dengan orang banyak, apalagi
dengan orang yang lebih berpengalaman dan khalayak umum. Oleh itu, dengan
memperbanyakkan program-program charity untuk mengatasi masalah gugup dihadapan
khalayak ramai.
barakALLAHufikum

Pusat Kesihatan USIM Anjur Senam Aerobik Aqli Naqli
NILAI - Seramai
500 pelajar Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
menyertai senam aerobic aqli dan naqli di Pusat Sukan Tungku Najihah anjuran Pusat
kesihatan USIM dengan kerjasama Urusetia Perlindungan Perubatan Pelajar (u3p) sempena
minggu orentasi baru-baru ini.
Ketua senam
aerobic Ezz bin Amiruldin, berkata program senam aerobic aqli dan naqli
mendapat galakkan yang memberansangkan kerana ini adalah kali pertama senam
aerobic aqli dan naqli diperkenalkan.
“Senam aerobic
aqli dan naqli diketengahkan dengan lagu nyanyian Humood AlKhudeer, Kun Anta
dan diselitkan juga lagu rancak Pudar nyanyian Rossa. Akan tetapi
galakkan pada gerakan kun anta lebih mendapat sambutan yang memberansangkan.”
Senam aerobic lagu rancak dari Rossa, Pudar
Menurut peserta
Senam aerobic aqli dan naqli, Nur Amirah binti Hasan melahirkan rasa keterujaan
beliau apabila menyertai senam aerobic aqli dan naqli buat pertama kalinya di
USIM.
“Saya berasa
seronok dan gembira mengikuti Senam aerobic aqli dan naqli pertam kali di USIM.
Saya berharap Senam aerobic ini dapat dilakukan seminggu sekali di USIM untuk
mendekatkan lagi ukhuwah sesama pelajar dan staff” ujar beliau seusai habis
senam aerobic.
Senam aerobic
aqli dan naqli dibahagikan kepadadua tempat iaitu di Pusat Sukan Tungku Najihah
dan padang Fakulti Sains Teknologi.
Program ini juga
turut diselitkan dengan tazkirah dan tadarus al-quran untuk mengisi kerohanian
dalam setiap diri peserta.
Oleh: adkdayah (USIM)
barakALLAHufikum

JELAPANG PADI
Alhamdulillah | Tamat Semester 6
Alhamdulillah, berjaya menamatkan semester 6 di muka bumi USIM untuk tahun ini. Disebabkan gara-gara assignment yang macam tiada penghujung, dayah terpaksa berhenti seketika dari blogging. Last update pun 27 May 2015 dekat entry SINI . Sesiapa yang belum baca entry tu baik cepat pergi baca, rugi kalau terlepas peluang yang terbentang luas. hehe

PASAR SENI
GELANDANGAN | Assalamualaikum semua =) moga sihat
Alhamdulillah. Dayah agak sibuk minggu ni sebab siapkan proposal untuk thesis
semester depan. Tapi dayah nak up juga entry pasal hari sabtu dan ahad lepas.
Ingat tak dayah cerita pasal program penanaman bakau di SINI ? hari jumaat tu
kami balik daripada Kuala Gula, sabtu malam ahad pula, kami bertolak ke masjid
jamek untuk next program.
Program gelandangan anjuran urusetia pembantu
perlindungan pelajar (u3p) dengan kerjasama dari Kelab
Suruhan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertempat di Pasar Seni dan Masjid
India.
Kami
bertolak pukul 11 dan selamat sampai di Masjid Jamek pukul 12 lebih. Kami
bermalam di masjid dan kami dikejutkan seawal 5 pagi untuk membungkus dan menyiapkan
persiapan untuk mengedar makanan dan pakaian kepada golongan yang memerlukan.
FAEDAH PROGRAM GELANDANGAN
Melalui program gelandangan dayah rasa, kami dapat
menjalinkan hubungan dengan masyarakat dan dalam masa yang sama dapat menanamkan
sifat keprihatinan dalam diri. Bila tengok balik kehidupan mereka dan apa yang
dayah ada, dayah rasa bersyukur sangat sebab dayah masih ada tempat untuk dayah
berteduh. Sedangkan mereka…hurmm
Program macam ni dapat membuka mata masyarakat agar peka
dengan keadaan sekeliling. Sesungguhnya diluar sana ramai lagi yang memerlu.
Sedangkan kita tidak pernah ucapkan ‘alhamdulillah’ untuk setiap apa yang kita
dapat. ALLAH!! Sedih bila fikirkan balik.
Peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk yang membaca.
Semoga kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Ok semua, jumpa di next entry
dan moga ALLAH permudahkan segala urusan kita. Amin.
barakALLAHufikum

CONTENGAN JALANAN
Manfaat baca novel |
Assalamualaikum dan salam pagi jumaat
semua. Pernah dengar x The man who
decided to change on the 12th hour dies on the 11th ? dayah baru lepas baca novel karya
Hlovate ‘ Contengan Jalanan’ I love this quote very much. Deep sangat2
maksudnya. Siapa yang tahu maknanya? Tolong angkat keyboard..haha..ok stop, jom
check what the meaning of The man who decided to change on the 12th hour
dies on the 11th
CONTENGAN JALANAN
Manfaat baca novel |
Assalamualaikum dan salam pagi jumaat semua. Pernah dengar x The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th ? dayah baru lepas baca novel karya Hlovate ‘ Contengan Jalanan’ I love this quote very much. Deep sangat2 maksudnya. Siapa yang tahu maknanya? Tolong angkat keyboard..haha..ok stop, jom check what the meaning of The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th
Apa itu potluck?
Potluck u3p |
Assalamualaikum dan salam isnin
semua =) . dayah ni asyik tenggelam timbul je kan.. hehe busy la korang dengan
kelas, aktiviti kelab, assignment lagi. So, dayah cuba juga untuk update apa
yang dayah termampu. So meh nak cerita jumaat malam lepas, kami ada buat
potluck u3p. apa itu potluck?
Ok meh nak cerita, potluck ni means setiap
seorang bawak satu or dua makanan then kumpul ramai2 dekat satu tempat then
kita makan la. Macam jamuan bunyi dia kan? Haa..lebih kurang la tapi ni masing2
bawak makanan and we share it. That’s mean potluck.
![]() |
| domino time =) |
Tujuan potluck ni kami nak eratkan lagi
silaturrahim antara ahli. Sebabnya ada yang belum kenal ahli2 baru dengan ahli2
lama. So kami buat ni, dapat la kenal2.
Makan kenyang, ketawa sampai nak pecah perut,
so apa lagi tunggu..play time, hehe ada yang main giant bubble and dayah of
course choose nak main roller blade. Hope lepas ni, ukhuwah antara kita lebih
rapat dan berpanjangan hingga ke akhirnya, amin
barakALLAHufikum
Apa itu SUKOL?
Standby SUKOL USIM |
![]() |
| muka dah burn giler T_T |
Assalamualaikum semua,
letih badan x hilang lagi ni selepas seharian standby SUKOL USIM. Apa itu SUKOL? SUKOL adalah shor form
daripada sukan kolej kediaman. So dekat USIM ada 5 Kolej Kediaman ( KK1, KK
ACACIA, KK DESA JATI, KK SUTERA INDAH, KK NILAM COURT) . so sebagai seorang
ahli Urusetia Pembantu Perlindungan Pelajar (u3p), hari sabtu lepas dayah
standby kot2 ada yang sakit ke apa ke tapi kena ingat yer, bukan dayah merawat,
Medical Assistance (MA) yang merawat. Sebabnya, dayah belum ada sijil yang
membolehkan dayah merawat orang. Kiranya dayah just tunggu then kalau ada yang
sakit, kita akan terus pergi and tengok apa yang perlu then panggil MA untuk
bagi rawatan kecemasan.
Ok faham? Hehe tapi kan, dalam masa yang sama
kita dapat mempelajari ilmu2 perubatan. Bayangkan budak bahasa arab dan
komunikasi, tapi menceburi bidang perubatan. Semalam ada juga referral tu tanya
dayah.
“awak ni kos perubatan ke?”
“eh x la encik, saya budak bahasa”
“kenapa x ambil perubatan jer, senang sikit,
awak pun dah tahu serba serbi tentang perubatan”
Dalam hati ni ‘saya ni x lepas lagi nak ke
perubatan encik oii..biarlah saya bedah ayat2 arab dulu’
haha itu jer yang
dayah fikir, kalau setakat minat tapi x dapat nak catch up dengan apa yang kita
buat x bole juga..betul x? so, sebagai ilmu tambahan dekat university ni dayah
lebih preffer belajar ilmu perubatan.
So, bila ada standby jer terus kasi nama dekat
klinik sebabnya boleh dapat pengalaman yang bukan sebarangan orang boleh dapat,
sudah la boleh dapat ilmu free jer. So dekat sini dayah ucapkan terima kasih
banyak2 dekat staff Pusat Kesihatan USIM sebab bagi peluang untuk dayah timba
ilmu dengan semua staff. Paling x boleh lupa adalah u3p yang banyak bantu dayah
dalam kelab ni =) thanks a lot korang.
barakALLAHufikum

Tips Gayakan Dress
Tips Gayakan Dress Murah |
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang..siapa dekat sini yang suka pakai dress? Angkat tangan bersama dayah =). Dress memang cantik digayakan untuk ke mana sahaja dan yang paling penting selesa dipakai. Tidak kiralah wanita yang bertudung atau tidak bertudung. Nak tahu x? sekarangkan kita sudah boleh menemui pelbagai pilihan dress dengan pelbagai rekaan yang menarik. Daripada short dress, skater dress, cut-out dress, midi dress hinggalah maxi dress!
Selalunya
kita mesti confius kan? bila pakai dress jer mesti x pandai nak gayakan..ha meh
sini dayah tunjukkan kepada sesiapa yang masih tercari-cari idea untuk tampil bergaya
dengan sepasang dress walaupun dress yang korang miliki itu hanyalah dress murah,
Ok sekarang tarik nafas dalam-dalam
dan check this out:
Jika
dress yang korang miliki itu mempunyai rekaan yang simple atau minimal, cuba
sarungkan sepasang boot atau wedges yang menyerlah sebagai penyelamat agar
penampilan kita tidak kelihatan ‘dull’.
Dayah, macam mana pula dengan wanita yang bertudung?
Jangan risau, sebagai wanita yang bertudung kita harus bijak membuat
padanan tudung yang bersesuaian dengan dress murah kita itu. Contohnya, pakai
satin shawl atau glitter shawl untuk kelihatan lebih glamor J..haa kan semudah abc.
Tips ketiga pula dengan memadankan bersama pilihan aksesori yang
bersesuaian. Tak kira lah rantai atau gelang atau apa sahaja! Tapi, bagi
pendapat dayah sendiri, pemakaian belt atau tali pinggang lebih bersesuaian dan
simple. Cubalah!
So, siapa cakap yang dress murah susah untuk digayakan? cuba dress murah dulu dengan tips yang
dayah kasi. Kita tengok susah ke senang..hehe
barakALLAHufikum




















