GELANDANGAN

May 07, 2015

PASAR SENI

GELANDANGAN | Assalamualaikum semua =) moga sihat Alhamdulillah. Dayah agak sibuk minggu ni sebab siapkan proposal untuk thesis semester depan. Tapi dayah nak up juga entry pasal hari sabtu dan ahad lepas. Ingat tak dayah cerita pasal program penanaman bakau di SINI ? hari jumaat tu kami balik daripada Kuala Gula, sabtu malam ahad pula, kami bertolak ke masjid jamek untuk next program.

GELANDANGAN PASAR SENI u3p usim program usim program gelandangan di masjid jamek dan pasar seni, aktiviti program adkdayah https://kanvaskehidupanku.blogspot.com

Program gelandangan anjuran urusetia pembantu perlindungan pelajar (u3p) dengan kerjasama dari Kelab Suruhan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertempat di Pasar Seni dan Masjid India.

Kami bertolak pukul 11 dan selamat sampai di Masjid Jamek pukul 12 lebih. Kami bermalam di masjid dan kami dikejutkan seawal 5 pagi untuk membungkus dan menyiapkan persiapan untuk mengedar makanan dan pakaian kepada golongan yang memerlukan.

FAEDAH PROGRAM GELANDANGAN


Melalui program gelandangan dayah rasa, kami dapat menjalinkan hubungan dengan masyarakat dan dalam masa yang sama dapat menanamkan sifat keprihatinan dalam diri. Bila tengok balik kehidupan mereka dan apa yang dayah ada, dayah rasa bersyukur sangat sebab dayah masih ada tempat untuk dayah berteduh. Sedangkan mereka…hurmm

Program macam ni dapat membuka mata masyarakat agar peka dengan keadaan sekeliling. Sesungguhnya diluar sana ramai lagi yang memerlu. Sedangkan kita tidak pernah ucapkan ‘alhamdulillah’ untuk setiap apa yang kita dapat. ALLAH!! Sedih bila fikirkan balik.
GELANDANGAN PASAR SENI u3p usim program usim program gelandangan di masjid jamek dan pasar seni, aktiviti program adkdayah https://kanvaskehidupanku.blogspot.com

Peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk yang membaca. Semoga kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Ok semua, jumpa di next entry dan moga ALLAH permudahkan segala urusan kita. Amin.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

12 comments

  1. Anonymous07 May, 2015

    Amin :-)

    ReplyDelete
  2. kita kena bersyukur dengan nikmat yang kita ada..May Allah Bless :)

    ReplyDelete
  3. kena tengok gelandangan... bertambah rasa kesyukuran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu abang nizam....

      Delete
    2. Dayah nak bertanya Kelab Suruhan atau Kelab Suruhanjaya.

      sekarang bertanya

      Delete
  4. cepat cepat up entry baru ya dayah

    ReplyDelete
  5. dapat muhasabah diri dengan program mcm ni

    ReplyDelete
  6. syukur.... terbaiklah

    ReplyDelete
  7. seronok tengok anak-anak muda seperti dayah buat aktiviti kemasyarakatan. Semoga ramai lagi anak muda yang membantu insan2 yang memerlukannya.

    ReplyDelete
  8. sangat muhasabah diri bila tengok gelandangan..thanks sharing

    ReplyDelete
  9. Tapikan.... Ada orang bagitahu Along... Sebenanrnya, gelandangan ni, ada sebahagiannya yang memang suka cara hidup macam tu..... Tanpa ada usha untuk mengubah nasib mereka... Memanglah kita boleh membantu mereka..tapi sampai bila? Mereka ni kebanyakannya sihat-sihat belaka... ada yang mampu untuk bekerja.... Cumanya, sikap malas telah menguasai jiwa :)

    ReplyDelete
  10. Sama2 kita muhasabah diri..

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum