CHARITY PROGRAM: PENANAMAN BAKAU
May 05, 2015KUALA GULA
CHARITY PROGRAM: PENANAMAN BAKAU | Assalamualaikum dan salam selasa semua =)
siapa yang belum follow instagram dayah? Cepat pergi follow dekat ig @adkdayah93. Siapa yang follow akan dapat
tahu perkembangan terbaru dan juga aktiviti-aktiviti charity yang dijalankan.
Bajet artis kau dayah..hehe bukan bajet artis tapi nak buka mata semua orang
untuk mendekatkan diri dengan program-program yang dapat menyedarkan kita
tentang hal-hal yang kita terlepas pandang.
So, dayah nak cerita serba sedikit tentang program
dayah join selama 3 hari 2 malam di Kuala Gula, Perak. Program penanaman pokok
bakau. Sebanyak 300 anak pokok bakau yang berjaya kami tanam di Kuala Gula.
Bunyi macam banyak kan. Tapi bila sudah mula tanam tu rasa macam sedikit saja.
Dayah bertolak dari Nilai pukul 8.00 pagi dan sampai
di Kuala Gula pukul 2.00 petang. Sampai jer terus makan dan solat. Selesai
semua yang wajib kami teruskan dengan lawatan ke muzium mini PERHILITAN.
Malam pula kami ada pencerahan tentang penanaman bakau
oleh kak gee iaitu pengerusi Sahabat Pokok Bakau (SPB). Kami diberi pencerahan
tentang bagaimana dan mengapa yang diperlukan untuk penanaman pokok bakau.
Selesai pencerahan, kami disajikan dengan cara pembuatan kraftangan menggunakan
kulit kerang dan siput. Ilmu baru ni korang, bukan senang nak dapat ilmu
seperti ini.
hasil daripada belajar buat kraftangan :) |
Keesokkanya selesai makan pagi, kami siap-siap untuk
bertolak ke tempat penanaman. Kami naiki bot dan perjalanan mengambil masa 45
minit untuk sampai ke tempat penanaman.
muka dah burn x ingat dunia T_T |
Sampai saja di tempat penanaman, sekali lagi kak gee
bagi penerangan dan kami mulakan tanam pokok bakau. Akhirnya kami berjaya
menanam 300 anak pokok bakau dengan kerjasama yang belum tentu dapat dibeli.
Selesai tanam 300 anak pokok, kami dapat bonus cari
kerang, serious cakap..memang banyak sangat sampai kan x tercari. Tengok hasil
dibawah, memang x dijangka ni..hehe rezeki daripada ALLAH.
Keesokkanya, pusing kampong dan paling best dapat ilmu
tentang cara pembikinan ketam lembut.
Ok la semua, setakat ni dulu yer dayah cerita, nanti
dayah tulis panjang-panjang x larat nak baca pula. So dayah berhenti disini
dulu yer. Moga bertemu lagi di next entry.
barakALLAHufikum
3 comments
nice entry and pic dear :)
ReplyDelete(Blogwalking)
melestarikan alam :D
ReplyDeletepenat badan pun tp best kan... dpt wat rmai2 lak tu. :) rezeki kerang pun bnyk.
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.