Review Aku Penghibur

May 19, 2015


Jom berhibur

Review Aku Penghibur| Jom berhibur


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Hari tu dayah ada review pasal Nota Purba dekat SINI. Sudah baca belum? Kalau belum, pergi baca cepat sebab kita dapat tahu siapa blogger misteri..haaa ok jom, hari ni nak cerita pasal blogger yang boleh dikatakan otai blogger juga. Antara sebabnya dayah selalu masuk blog beliau and jadi silent reader sudah lama.siapakah gerangannya.

Check it out!!!

Review Aku penghibur, http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/, http://www.akupenghibur.com/, adkdayah, Jom berhibur, exchange feed group
http://www.akupenghibur.com/

Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan? Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan? Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging.

Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik".

Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di Blog. Achik juga seorang yang 'low profile' Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog.

Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.'

Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan. Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG.
'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.

Review Aku penghibur, http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/, http://www.akupenghibur.com/, adkdayah, Jom berhibur, exchange feed group

ni salah satu entry yang paling dayah suka, sebabnya sekarang dayah tengah mengkaji tentang Split Personality Disoder. so, entry acik salah satu sumber bagi kajian dayah. sebab tu dayah cakap, korang kena masuk blog acik. sebab beliau punya blog penuh dengan entry-entry berguna. moga segala yang ditulis blogger akupenghibur ini akan terus bermanfaat buat semua.

barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

8 comments

  1. Split Personality disoder? belum berkesempatan lagi baca entry.. InsyaAllah..Along akan baca akan datang bila berkunjung ke blog Acik :)

    ReplyDelete
  2. Semoga acik akan terus maju dan berjaya

    ReplyDelete
  3. Good Luck Acik...

    family #EFG sentiasa mendoakan kejayaan Acik.

    ReplyDelete
  4. terima kasih dayah..May Allah bless you

    ReplyDelete
  5. yup. entry acik boleh dijadikan sebagai bahan rujukkan

    ReplyDelete
  6. entry achik banyak berinformasi

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum