SAHABAT POKOK BAKAU (SPB)
May 06, 2015POKOK BAKAU
SAHABAT POKOK BAKAU (SPB) | Assalamualaikum semua. Hari ni nak cerita serba sedikit tentang SPB. Dayah dapat
tahu tentang SPB ni semenjak dayah ikuti program penanaman bakau. Dayah ada
cerita dekat SINI. So sesiapa yang belum baca tentang program penanaman bakau
boleh la baca di SINI yer. Ok sambung kepada pengenalan SPB, SPB ni terdiri
daripada 70% daripada kalangan wanita.
Boleh dikatakan kebanyakan ahli daripada SPB adalah
dari kalangan masyarakat setempat. Hal ini kerana, masyarakat setempat lebih
arif tentang kawasan kuala gula ini dan mereka lebih mengetahui perkembangan dan
juga kesukaran yang dialami di kawasan kuala gula.
Asal Kuala Gula adalah daripada 3 keluarga iaitu 2
daripada keluarga melayu dan satu daripada keluarga cina. Di kaswan kuala gula
ini juga merupakan kawasan persinggahan kapal-kapal pada zaman dahulu. Kuala
Gula juga merupakan pengeluar kerang kedua terbesar selepas Kuala Selangor.
Misi SPB adalah untuk berbakti kepada bumi. Hal ini
kerana hutan bakau adalah buah pinggang dunia. Kenapa buah pinggang dunia? Ini
disebabkan fungsi buah pinggang adalah menapis benda-benda yang tidak
diperlukan badan. Begitu juga dengan hutan bakau, hutan bakau akan menapis
terdahulu sampah sarap yang dibuang kedalam sungai atau laut.
Antara tugas SPB adalah membuat rondaan. Ini kerana
terjadinya penebangan haram yang telah dijalankan atas pokok bakau. Kayu cerucuk
pokok bakau begitu berharga kerana harga sebatang kayu cerucuk boleh mencecah
RM30. Selain itu, kayu cerucuk yang tahan lama dalam lingkungan 30 tahun ini
amat diminati. Oleh itu, penebangan haram sering berlaku.
Selain itu, SPB mensasarkan 1 juta pokok bakau yang
akan ditanam dalam masa setahun, akan tetapi pada tahun 2013, sasaran tidak
sampai. Hal ini kerana kekurangan pelancong yang datang.
Disamping itu, SPB juga menyemai anak pokok bakau di
nursery dan setiap kawasan adalah 3 juta anak benih semaian. Ok setakat itu
sahaja penerangan dayah tentang SPB. Salah dan silap harap dibetulkan. =)
terima kasih dan jumpa lagi di next entry.
untuk mengetahui lebih lanjut boleh la ke :
barakALLAHufikum
4 comments
satu usaha yang baik ߑͰߑͰߑͰߑ👍👍👍
ReplyDeletemoga diberkati ALLAH =)
Deleteusaha yg murni.. menghijaukan bumi..
ReplyDeletegood effort :) :)..nak tanya,kuala garam ada tak??..hihi
ReplyDeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.