ARTIKEL | Disiplin Diri Amal Pemakanan Seimbang

June 12, 2015

Disiplin Diri Amal Pemakanan Seimbang


Tahap Kesedaran Rakyat Malaysia


Ramai di antara rakyat Malaysia terlewat dalam menyedari kepentingan mengamalkan pemakan seimbang terutamanya golongan remaja. Bagi para remaja di usia sebegini merupakan 'syurga' mereka. Di waktu inilah mereka ingin mencuba pelbagai aneka makanan tanpa mementingkan keseimbangan. Apabila sudah terkena pelbagai penyakit, baru mereka sedar akan kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang.

Tabiat pengambilan MSG

 

Golongan remaja khususnya mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempunyai tabiat mengambil makanan ringan seperti mee segera dan makanan yang mengandungi MSG(monosodium glutamate) yang tinggi yang memberi kesan buruk kepada kesihatan. 

Laporan Akhbar


Terkini, menurut akhbar Berita Harian, 7 April 2015, melaporkan mee segera mengandungi kandungan serat serta vitamin yang rendah. Selain itu, mee segera seperti Maggi mengandungi kandungan MSG yang sangat tinggi. Kandungan ini memberi kesan negatif kepada kesihatan diri.

ARTIKEL | Disiplin Diri Amal Pemakanan Seimbang, Faktor umur bukanlah penghalang, Amalan makan bersama keluarga , Pentingnya Pemakanan Seimbang, Laporan Akhbar, Tabiat pengambilan MSG, Tahap Kesedaran Rakyat Malaysia
Rajah 1: Piramid Makanan
credit to google

Pentingnya Pemakanan Seimbang


Oleh itu, sewajarnya mahasiswa mulakan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza untuk memelihara kesihatan.
           
Untuk sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit bahaya, kita disarankan untuk mengambil makanan sihat, berkhasiat, berzat dan seimbang. Pemakanan seimbang dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit termasuk serangan jantung, lebihan kolesterol dan spina bifida.
           

Amalan makan bersama keluarga


Amalan makan bersama keluarga adalah salah satu cara mendisiplinkan diri untuk mengambil pemakanan seimbang. Para penyelidik percaya amalan ini dapat membentuk tabiat pemakanan yang sihat serta dapat mengelakkan daripada pemakanan yang berbahaya.
           
Meskipun berhadapan dengan jadual yang padat, amalan makan bersama keluarga harus diberi keutamaan di dalam Journal of Adolescent Health ada menyatakan faktor pencegahan terbaik untuk mengelakkan gangguan pemakanan. Makan bersama-sama turut menjamin pengambilan nutrien yang baik, malah disyorkan sarapan dan makan malam bersama-sama seharusnya dijadikan amalan harian.
           

Faktor umur bukanlah penghalang 


Banyak pemakanan seimbang yang dapat kita ikuti untuk meneruskan gaya hidup sihat. Faktor umur bukanlah penghalang untuk tidak mengamalkan pemakanan seimbang. Kebanyakan pengamal pemakanan tidak seimbang adalah dikalangan pelajar. Oleh itu, pemakanan seimbang perlu ditanam dalam diri sejak dari kecil untuk kekal sihat dan aktif. 

Untuk mengetahui lebih lanjut,sila layari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia

Oleh: adkdayah (USIM)
barakALLAHufikum


Anda Juga Mungkin Meminati

3 comments

  1. Sentiasa berusaha utk bekalkan pemakanan seimbang untuk keluarga..
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
  2. cakap pasal msg, kat melaka ni ada mee bodoh. my fren cakap, kuah supnya penuh dgn msg je.. so, tu yg buat rasa sedap, buat org ketagih..

    zizie lebih sukakan sayur-sayuran dan buah-buahan.. :D

    ReplyDelete
  3. sebab tu mimin makin gemok. hahaha. bantai jee makan apa pun

    ReplyDelete

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum