#cabaran20Hari| Apa erti puasa pada anda?

June 27, 2015

Apa maksud puasa?

Apa erti puasa pada anda?| celoteh adkdayah

Assalamualaikum dan salam sabtu semua =) entry #cabaran20hari semalam korang baca tak lagi? Kalau belum baca, meh cepat-cepat baca dekat SINI. Takut nanti tak faham pula kenapa la dayah cakap cabaran. Untuk cabaran hari ini, tajuk dia 'Apa erti puasa pada anda?

Erti puasa? Apa yer..dayah dapat jer tajuk untuk cabaran 20 hari ni, terus dayah tanya kawan dayah, apa erti puasa bagi korang? Macam-macam jawapan yang dayah dapat, tapi mostly banyak yang jawapan

' erti puasa adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga daripada pagi sampai la malam iaitu maghrib,'

Dayah cakap, ala ini jawapan semua orang tahu la, apa erti bagi korang bila kita sebut PUASA. So, laju jer budak-budak rumah dayah tanya dayah balik. Dah tu, apa erti puasa bagi ko dayah?

Hahaha nak tahu ke jawapan dayah? Dayah cakap kalau sebut puasa jer, mesti ingat bangun sahur, tengah hari tak payah masak, petang pula boleh pergi bazar ramadhan, malam pula pergi tarawih. So dengan jawapan macam tu dayah deserve ketuk kepala dengan kawan..hehe -,-"

Sungguh tak matang jawapan. So nak jawapam yang matang yer, ok la..jawapan yang matang, erti puasa bagi dayah adalah menahan nafsu yang berkawan baik dengan iblis selama 11 bulan ni daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bahkan dapat melatih diri kita daripada melakukan perkara yang dilarang dalam islam.

Bukan senang kita nak kawal nafsu yang sembilan (untuk perempuan) dengan akal yang satu. Sesungguhnya Allah tahu kemampuan hambanya. Tambah lagi pula, cuba kita renung-renungkan saudara seislam kita yang diluar sana masih mengikat perut demi sesuap nasi, sedangkan kita pula melakukan pembaziran. Semoga Allah membuka pintu hati kita dalam mengingati orang yang memerlukan diluar sana dengan berPUASA.

Korang pula? Apa erti puasa pada anda? Cer kongsi dengan dayah ^^,


Maksud berpuasa, apa erti puasa pada anda, adkdayah, kanvaskehidupanku.blogspot.com, cabaran 20 har
Ikan pekasam menu pembuka selera dibulan puasa
                  barakALLAHufikum

Anda Juga Mungkin Meminati

3 comments

Komen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.

Amaran

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cdngan @ komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dgn niat utk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu org lain dgn @ tanpa mendedahkan identitinya adlh suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya
harap maklum



terima kasih semua yang melawat blog dayah yang x seberapa ni..sayang korang ketat2..jangan lupa support blog dayah ni ye. dilarang copy and paste apa2 yang di dikeluarkan oleh dayah tanpa kebenaran.paling penting. Terima kasih harap maklum