#cabaran20Hari | Pengalaman sahur adkdayah
June 28, 2015#cabaran20Hari| Pengalaman sahur adkdayah
Assalamualaikum..hari ni lewat sikit entry untuk #cabaran20Hari. Sebabnya sakit kepala yang teramat sangat, tadi pagi terkejut dapat berita bahawa ayah roomate dayah telah kembali kerahmatul ALLAH. Al-fatihah.
Ok, untuk cabaran hari kedua adalah cerita tentang pengalaman bersahur, apa yer pengalaman bersahur dayah? Haaa..dayah first start sahur time tingkatan tiga. Time tu dekat asrama, faham- faham je la budak asrama ni, jarang sekali nak bangun sahur.
Dayah tak ingat hari apa dan bila, yang dayah tahu tingkatan tiga dayah bangun sahur dan makan dengan penuh selera. Ada diantara kita yang bangun sahur jer mesti tak berselera nak makan, tapi lain pulak dengan dayah.
Bila time berbuka, dayah makan sikit jer, tapi bila bersahur pula, makan macam tak ada hari esok. Hehe so start dari situ, kalau berpuasa dayah perlu bangun sahur. Kalau tak, esoknya macam tak cukup nyawa nak sampai waktu berbuka.
Selain pengalaman sahur tu, dayah pernah juga lepas sahur jer terus pergi kelas main mercun. Haha. Asrama dengan kelas dalam kawasan sekolah. So senang je la nak ke kelas. Dayah pilih kelas sebab susah warden nak cam muka kalau main dekat kelas yang agak gelap. Wahh nakal kan. Nostalgia sangat time tu. Hehe sekarang dah tak buat perangai gitu, matang da sikit =p
Korang punya pengalaman pula apa cerita? Meh la kongsi-kongsi dengan dayah.
BarakALLAHufikum
8 comments
kak ummul pun sahur itu wajib...
ReplyDeletekalau tak makan, ketar badan2
Deleteorang ke-4 xde gambar makanan....
ReplyDeletehuhu mana sempat nak snap2 gambar, huhu
DeleteMacam Fatin dulu kecik2 kene makan nasi... kalau tak tak boleh puasa kelakar sangat bila ingat2 zaman baru belajar berpuasa
ReplyDeletehehe..bila zaman budak2 memang lawak..
Deletepengalaman bersahur dengan mercun? itu lepas sahur mana aciiii....
ReplyDeletetak kira, tetap time sahur juga..nak aci, gi cari dekat india..haha
DeleteKomen anda adalah peransang untuk terus menulis, terima kasih.